Ayuh tingkatkan simpanan demi masa depan anak-anak dengan sertai Cabutan WOW! Simpan SSPN 2023
Pelepasan taksiran cukai pendapatan atas simpanan bersih tahun semasa sehingga RM8,000* setahun layak dinikmati oleh pendeposit Simpan SSPN.
Simpan SSPN satu-satunya simpanan yang mempunyai simpanan takaful
Simpanan yang dipercayai oleh rakyat Malaysia dan dijamin Kerajaan
Sebagai galakkan ibu bapa untuk menyimpan bagi tujuan pendidikan anak
Ibu bapa dan ibu bapa angkat/ penjaga yang sah dari segi undang-undang yang menyimpan dalam akaun Simpan SSPN Prime atau/dan Simpan SSPN Plus untuk manfaat anak (penerima manfaat) diberi pelepasan taksiran cukai pendapatan sehingga maksimum RM8,000.00 setahun berdasarkan jumlah simpanan bersih tahun semasa.
*Individu yang menyimpan untuk diri sendiri TIDAK LAYAK untuk mendapat pelepasan taksiran cukai pendapatan.
Pelepasan taksiran cukai sehingga maksimum RM8,000 SEORANG setahun
Pelepasan taksiran cukai sehingga RM8,000 setahun
bu bapa dan ibu bapa angkat/ penjaga yang sah dari segi undang-undang yang menyimpan dalam akaun Simpan SSPN Prime atau/dan Simpan SSPN Plus untuk manfaat anak (penerima manfaat) diberi pelepasan taksiran cukai pendapatan sehingga maksimum RM8,000.00 setahun berdasarkan jumlah simpanan bersih tahun semasa.
Tidak. Pelepasan taksiran cukai pendapatan ke atas simpanan bersih bagi Simpan SSPN Prime dan Simpan SSPN Plus hanya diberikan sehingga RM8,000. Walau bagaimanapun bagi akaun Simpan SSPN Plus, pendeposit boleh menikmati tambahan pelepasan taksiran cukai pendapatan sehingga RM7,000 ke atas caruman sumbangan takaful yang dibayar kepada pengendali takaful di bawah kategori pelepasan bagi Insuran/Takaful Nyawa dan Caruman KWSP.
Tidak. Deposit simpanan yang dibuat pada tahun semasa tahun taksiran cukai sahaja yang layak mendapat pelepasan taksiran cukai Simpan SSPN.
Taksiran Berasingan: Pelepasan taksiran cukai pendapatan sehingga maksimum RM8,000 seorang setahun bagi akaun Simpan SSPN yang dibuka oleh pendeposit untuk penerima manfaat (anak).
Pendeposit Ayah : Syamel bin Yusoff | Pendeposit Ibu : Farrah binti Mustafa |
Membuka akaun Simpan SSPN Prime : Penerima manfaat : Eyman bin Syamel | Membuka akaun Simpan SSPN Prime : Penerima manfaat : Eyman bin Syamel |
Pelepasan taksiran cukai pendapatan sehingga maksimum RM8,000 setahun berdasarkan simpanan bersih tahun semasa bagi setiap seorang pendeposit. | Pelepasan taksiran cukai pendapatan sehingga maksimum RM8,000 setahun berdasarkan simpanan bersih tahun semasa bagi setiap seorang pendeposit. |
Taksiran Bersama: Pelepasan taksiran cukai pendapatan sehingga maksimum RM8,000 setahun bagi akaun Simpan SSPN yang dibuka untuk penerima manfaat (anak).
Pendeposit Ayah : Ameer bin Adnan | Pendeposit Ibu : Raihana binti Rahman |
Membuka akaun Simpan SSPN Prime : Penerima manfaat : Aqil bin Ameer | Membuka akaun Simpan SSPN Prime : Penerima manfaat : Aqil bin Ameer |
Pelepasan taksiran cukai pendapatan sehingga maksimum RM8,000 setahun berdasarkan simpanan bersih tahun semasa. |
Akaun Simpan SSPN yang dibuka untuk penerima manfaat (anak) dan umur penerima manfaat belum mencapai umur 29 tahun (mengikut tahun tarikh lahir anak) adalah layak mendapat pelepasan taksiran cukai pendapatan ini.
Tidak. Akaun Simpan SSPN bagi penerima manfaat yang telah mencapai umur 29 tahun (mengikut kiraan tahun adalah tidak layak mendapat pelepasan taksiran cukai pendapatan bagi simpanan yang dibuat pada tahun taksiran anak akan mencapai umur tersebut.
Individu yang menyimpan untuk diri sendiri tidak layak untuk mendapat pelepasan taksiran cukai pendapatan Simpan SSPN.
Tidak layak. Dividen Simpan SSPN tidak layak pelepasan taksiran cukai pendapatan Simpan SSPN. Namun begitu, dividen Simpan SSPN dikecualikan dari dikenakan cukai pendapatan.
Tidak layak. Sebarang hadiah berbentuk simpanan Simpan SSPN bagi sebarang peraduan atau pertandingan anjuran PTPTN adalah tidak layak untuk pelepasan taksiran cukai pendapatan Simpan SSPN.
Pendeposit adalah layak pelepasan taksiran cukai pendapatan Simpan SSPN sekiranya PTPTN menerima simpanan tersebut tidak melepasi 31 Disember. Bagi pendeposit yang membuat simpanan melalui saluran selain daripada kaunter PTPTN, anda disarankan membuat simpanan selewat-lewatnya 25 Disember setiap tahun.
Pendeposit akaun Simpan SSPN boleh menyemak simpanan bersih deposit simpanan yang layak pelepasan taksiran cukai pendapatan melalui portal rasmi laman web PTPTN atau myPTPTN. Melalui myPTPTN juga, pendeposit boleh mencetak atau menyimpan Penyata Pelepasan Taksiran Cukai Pendapatan Simpan SSPN.
a) Pusat Panggilan (Careline) di talian 03 2193 3000;
b) Live chat di Portal PTPTN (https://www.ptptn.gov.my);
c) Eksekutif Pemasaran (https://https://www.ptptn.gov.my/pejabat-cawangan-ptptn/);
d) e-Aduan PTPTN (https://eaduan.ptptn.gov.my); dan
e) Media sosial (@PTPTNOfficial)
“Bagaimana Cara Mendapatan Pelepasan Taksiran Cukai Pendapatan dengan Simpan SSPN?”
![]() ![]() | Thank you for Signing Up |
Hak Cipta Terpelihara © 2023 Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional