Sempena pelancaran aplikasi mudah alih myPTPTN, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) telah menganjurkan Kempen myPTPTN, Klik-klik je!, dengan hadiah keseluruhan berjumlah RM250,000. Kempen ini terbuka kepada semua pengguna aplikasi mudah alih yang menggunakan perkhidmatan disediakan sepanjang tempoh kempen bermula 29 Mac sehingga 15 Jun 2022 yang lalu.
Kempen ini bertujuan untuk menggalakkan pelanggan PTPTN memuat turun dan menggunakan aplikasi mudah alih myPTPTN dan seterusnya menggunakan perkhidmatan yang disediakan di dalam aplikasi tersebut. Selain itu, kempen ini juga adalah sebagai tanda penghargaan PTPTN kepada peminjam dan pendeposit setia Simpan SSPN sempena Sambutan Jubli Perak 25 Tahun PTPTN.
Penentuan pemenang mengikut kategori adalah berdasarkan kepada kriteria berikut:
Kategori | Pemilihan Pemenang | Hadiah | Senarai Pemenang |
Muat turun aplikasi myPTPTN di telefon pintar dan membuat pengesahan identiti |
Permohonan yang ke-252, ke2,525, ke-25,252 | RM10,000 x 5 | |
Transaksi bayaran balik pinjaman PTPTN yang berjaya | Permohonan yang ke-25, ke-252, ke2,525, ke-25,252 | RM10,000 x 6 | |
Transaksi penambahan deposit Simpan SSPN yang berjaya | Permohonan yang ke-25, ke-252, ke2,525, ke-25,252 | RM10,000 x 6 | |
Permohonan potongan gaji yang lengkap |
Permohonan yang ke-25, ke-252, ke2,525, ke-25,252 | RM10,000 x 4 | |
Permohonan debit terus yang lengkap | Permohonan yang ke-25, ke-252, ke2,525, ke-25,252 | RM10,000 x 4 |
Tahniah diucapkan kepada semua pemenang.