PTPTN maju selangkah dalam dunia pendigitalan melalui aplikasi myPTPTN yang lebih mudah, cepat dan selamat. Jom alami pengalaman baharu bersama PTPTN sekarang. Segalanya di hujung jari anda.
Berikut dikongsikan langkah-langkah mudah untuk membuat bayaran balik pinjaman dengan menggunakan aplikasi myPTPTN:
Langkah 1:
Muat turun aplikasi myPTPTN di sini. Kemudian log masuk aplikasi myPTPTN.
Langkah 2:
Klik Pembayaran Pinjaman.
Langkah 3:
Masukkan No. Kad Pengenalan dan pilih akaun. Kemudian, klik SETERUSNYA.
Langkah 4:
Maklumat peminjam akan dipaparkan. Sila semak terlebih dahulu. Sekiranya betul, klik SETERUSNYA.
Langkah 5:
Masukkan jumlah pembayaran dan klik OK.
Langkah 6:
Masukkan Kod Eksekutif PTPTN (sekiranya tiada, boleh abaikan).
Langkah 7:
Kemudian, klik Pilihan Bayaran untuk pilih jenis pembayaran.
Langkah 8:
Sekiranya anda memilih kaedah FPX, sila pilih bank yang ingin digunakan untuk proses bayaran balik.
Langkah 9:
Klik SAH & BAYAR.
Langkah 10:
Tahniah. Anda telah berjaya membuat bayaran balik pinjaman. Klik SELESAI.
Langkah 11:
Maklumat transaksi akan dipapar. Anda boleh klik SELESAI atau CETAK RESIT.
Selesai.
Mudah bukan? Semoga berjaya!
Usaha anda dalam melaksanakan tanggungjawab amatlah disanjungi dan bererti kepada generasi akan datang.
Hubungi Kami
Jika terdapat sebarang pertanyaan lanjut, hubungi kami di:
Careline : 03-21933000
Eksekutif Pemasaran di sini