Facebook
X
Telegram
LinkedIn
WhatsApp
Senarai Pemenang Cabutan Bulan Menabung Simpan SSPN

Senarai Pemenang Cabutan Bulan Menabung Simpan SSPN (BMS) 2022

Bulan Menabung Simpan SSPN (BMS) 2022 merupakan program signature Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang dilaksanakan bermula tahun 2018. Ini adalah salah satu usaha untuk menyebarluas manfaat Simpan SSPN kepada Keluarga Malaysia bersempena dengan Hari Tabungan Sedunia yang disambut pada 31 Oktober setiap tahun.

Kempen Cabutan Bulan Menabung Simpan SSPN (BMS) 2022 buat pertama kalinya diadakan sempena penganjuran BMS 2022 pada tahun ini sebagai tanda penghargaan kepada rakyat Malaysia kerana setia memilih Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) sebagai pilihan utama untuk membuat simpanan.

Kempen ini terbahagi kepada 2 peringkat iaitu Peringkat Negeri & Peringkat Nasional. Tempoh kempen bermula 1 Oktober 2022 sehingga 31 Oktober 2022.

Berikut merupakan senarai pemenang bagi Kempen Cabutan Bulan Menabung Simpan SSPN (BMS) 2022:-

Peringkat Hadiah Bilangan Hadiah Senarai Pemenang

Negeri

Pertama : Basikal BMT

1 pemenang x 14 Negeri

Kedua : Periuk Tekanan Tinggi

1 pemenang x 14 Negeri

Ketiga : Jam Pintar

1 pemenang x 14 Negeri
Saguhati : Tower Fan 3 pemenang x 14 Negeri
Nasional Pertama : Tunai bernilai RM25,000 1 pemenang
Saguhati : Tunai bernilai RM1,000 24 pemenang

Tahniah diucapkan kepada semua pemenang.