Facebook
X
Telegram
LinkedIn
WhatsApp

Kempen Click, Pay & Earn is Back! 2022

Kempen Click, Pay & Earn is Back! 2022 merupakan kempen kerjasama di antara PTPTN dengan beberapa rakan strategik yang baharu iaitu BigPay, MBSB, OneCALL, dan IIMMPACT. Kempen ini diadakan khusus untuk menggalakkan dan memupuk tanggungjawab dalam kalangan peminjam PTPTN serta memudahkan peminjam PTPTN membuat bayaran balik pinjaman secara dalam talian.

Kempen Click, Pay & Earn is Back! 2022 ini terbuka kepada pengguna aplikasi BigPay, MBSB, OneCALL dan IIMMPACT yang membuat bayaran balik pinjaman PTPTN di dalam tempoh kempen iaitu bermula 1 November 2022 sehingga 31 Disember 2022.

Penentuan kelayakan adalah seperti berikut:

Saluran Kelayakan Pemberian Ganjaran
BigPay Kategori 1:

Bayaran balik pinjaman minimum RM2,000 secara one off menggunakan BigPay Card

  • RM100 cashback kepada 80 pengguna terawal dalam tempoh kempen yang akan dikreditkan ke dalam e-wallet BigPay dalam tempoh tiga puluh (30) hari selepas tamat tempoh kempen.
  • Setiap seorang pengguna hanya boleh memenangi cashback sekali sahaja dalam tempoh kempen.
Kategori 2:

Bayaran balik pinjaman minimum RM250 dalam satu (1) transaksi secara berturut-turut pada bulan November 2022 dan Disember 2022 menggunakan BigPay Card

  • RM20 cashback kepada 100 pengguna terawal dalam tempoh kempen yang akan dikreditkan ke dalam e-wallet BigPay dalam tempoh tiga puluh (30) hari selepas tamat tempoh kempen.
  • Setiap seorang pengguna hanya boleh memenangi cashback sekali sahaja dalam tempoh kempen.
MBSB Kategori 1:

Bayaran balik pinjaman minimum RM100 secara one off menggunakan MBSB Bank e-wallet

  • Pemberian ganjaran tunai RM20 akan dikreditkan ke dalam MBSB Bank e-wallet tertakluk kepada 200 pengguna terawal pada bulan November 2022 dan 400 pengguna terawal bagi bulan Disember 2022.
  • Setiap seorang pengguna hanya boleh memenangi ganjaran tunai sekali sahaja dalam tempoh kempen.
  • Jumlah keseluruhan pemenang yang layak adalah 600 orang dalam tempoh kempen.

Ganjaran tunai akan dikreditkan ke dalam MBSB Bank e-wallet dalam tempoh tiga puluh (30) hari selepas tamat tempoh kempen.

Kategori 2:


Bayaran balik pinjaman minimum RM100 dalam satu (1) transaksi menggunakan MBSB Bank e-wallet dan nilai minimum transaksi terkumpul dari bulan November 2022 hingga Disember 2022 adalah RM300 menggunakan MBSB Bank e-wallet

  • Pemberian ganjaran tunai RM1,000 akan dikreditkan ke dalam MBSB Bank e-wallet kepada 3 pengguna yang membuat transaksi tertinggi dalam tempoh kempen.
  • Pemenang kategori 1 bagi bulan November 2022 dan bulan Disember 2022 juga LAYAK untuk memenangi kategori 2.

Ganjaran tunai akan dikreditkan ke dalam MBSB Bank e-wallet dalam tempoh tiga puluh (30) hari selepas tamat tempoh kempen.

OneCALL Bayaran balik pinjaman minimum RM150 dalam satu (1) transaksi menggunakan oneCALL e-wallet
  • Pemberian ganjaran tunai RM10 kepada 5000 orang terawal.
  • Pemberian ganjaran tunai RM5 kepada 5000 pengguna seterusnya.
  • Setiap seorang pengguna hanya boleh memenangi ganjaran tunai sekali sahaja dalam tempoh kempen.

Ganjaran tunai akan dikreditkan terus ke e-wallet (real time) di dalam tempoh kempen.

IIMMPACT Bayaran balik pinjaman minimum RM50 dalam satu (1) transaksi menggunakan IIMMPACT e-wallet
  • 50 pengguna yang membuat bayaran pinjaman tertinggi dalam tempoh kempen berpeluang untuk menerima nilai pemberian baucar WATSON bernilai RM30.
  • 50 pengguna seterusnya yang membuat bayaran pinjaman tertinggi dalam tempoh kempen berpeluang untuk menerima nilai pemberian baucar ZALORA bernilai RM30.
  • 30 pengguna yang membuat bayaran pinjaman tertinggi dalam tempoh kempen berpeluang untuk menerima nilai pemberian baucar TEALIVE bernilai RM10.

Pemberian baucar akan diberikan selepas tamat tempoh kempen.

PTPTN berharap dengan kempen ini akan memberi peluang dan memudahkan para peminjam PTPTN untuk membuat bayaran balik secara konsisten melalui aplikasi BigPay, MBSB, OneCALL dan IIMMPACT. Komitmen peminjam membuat bayaran balik amat bermakna demi kesinambungan pinjaman PTPTN kepada generasi akan datang

Terma & Syarat, KLIK DI SINI.

Soalan Lazim, KLIK DI SINI.