Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) telah menutup tirai Kempen Bayar Konsisten, Hati Senang yang telah berlangsung dari 1 Januari hingga 31 Mei 2024. Kempen ini diadakan khas untuk membantu serta memudahkan peminjam dalam membuat bayaran balik pinjaman PTPTN. Ini bukan sahaja membawa banyak manfaat kepada peminjam, malah turut menggalakkan mereka untuk melaksanakan bayaran balik pinjaman secara konsisten melalui potongan gaji atau debit terus.
Sepanjang tempoh kempen, peminjam yang membuat bayaran balik melalui potongan gaji atau debit terus berpeluang memenangi hadiah lumayan berjumlah RM70,000 untuk 62 pemenang dalam dua (2) kategori iaitu potongan gaji dan debit terus.
Berikut adalah senarai pemenang mengikut kategori:
KATEGORI | PEMENANG | HADIAH | BILANGAN PEMENANG | SENARAI PEMENANG |
Potongan Gaji | Utama | RM 5,000 | 1 | |
Saguhati | RM 1,000 | 30 | ||
Debit Terus | Utama | RM 5,000 | 1 | |
Saguhati | RM 1,000 | 30 |
Tahniah diucapkan kepada semua pemenang.
Untuk maklumat lanjut, layari laman web Kempen Bayar Konsisten, Hati Senang.