Search
Close this search box.
Facebook
X
Telegram
LinkedIn
WhatsApp

Kempen Strukturkan Pinjaman Anda Serendah RM300

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) memperkenalkan Kempen Strukturkan Pinjaman Anda Serendah RM300, sebuah inisiatif khas bagi menggalakkan peminjam yang mempunyai tunggakan untuk mula membuat bayaran balik pinjaman PTPTN. Kempen ini bertujuan untuk membantu peminjam dalam menguruskan kewangan dengan lebih baik dan memastikan kelancaran bayaran balik pinjaman.

Kempen ini berlangsung dari 1 Jun 2024 sehingga 31 Julai 2024 dan terbuka kepada semua peminjam PTPTN yang mempunyai tunggakan dalam tempoh kempen, tidak kira sama ada pinjaman konvensional atau Ujrah. Rundingan bayaran balik seperti kemudahan pertukaran Ujrah, penggabungan pinjaman dan penjadualan turut layak menyertai kempen ini. Peminjam yang layak perlu mematuhi syarat-syarat berikut: 

  1. Bayaran Tunggakan

Peminjam dikehendaki membuat bayaran tunggakan sekurang-kurangnya sebanyak RM300 sahaja untuk penstrukturan semula pinjaman. Melalui kaedah ini, peminjam boleh mengubah/ menyusun semula ansuran bulanan pada Jadual Bayaran Balik (JBB) mengikut kemampuan masing-masing. Ansuran bulanan minimum ditetapkan berdasarkan anggaran penentuan 5% – 8% daripada jumlah pendapatan kasar, tertakluk kepada kelayakan tempoh bayaran balik dan kelulusan PTPTN. Bayaran boleh dibuat melalui semua saluran bayaran balik dalam tempoh kempen. 

      2. Potongan Gaji atau Debit Terus 

Semasa proses rundingan, peminjam diwajibkan untuk membuat potongan gaji atau debit terus sebagai kaedah bayaran balik. Ini bagi memastikan peminjam dapat membuat bayaran balik secara konsisten dan teratur.

4 Langkah Mudah Selesaikan Tunggakan Anda

Menguruskan tunggakan boleh menjadi lebih mudah dengan langkah-langkah yang teratur dan bantuan yang disediakan. Berikut adalah empat (4) langkah mudah untuk selesaikan tunggakan anda:

1

Semak penyata pinjaman melalui myPTPTN

2

Mohon rundingan bayaran balik untuk penstrukturan semula pinjaman PTPTN melalui aplikasi web myPTPTN

Nota: Eksekutif Jualan (EJ) akan menghubungi anda dalam tempoh 7 hari bekerja setelah permohonan diterima

3

Bayar tunggakan serendah RM300* dalam tempoh kempen

4

Lakukan bayaran balik secara konsisten melalui kaedah potongan gaji atau debit terus

Langkah Permohonan Rundingan Melalui Aplikasi Web myPTPTN

Permohonan rundingan bayaran balik boleh dilakukan dengan mudah melalui aplikasi web myPTPTN. Lihat panduan yang disediakan bagi langkah terperinci membuat permohonan rundingan:

Kempen ini menawarkan pelbagai manfaat kepada peminjam, antaranya dapat membantu mengurangkan dan mencapai zero tunggakan sekali gus dapat memperbaiki rekod kredit peminjam. Selain itu, peminjam dapat memastikan bayaran balik seterusnya dibuat secara konsisten setiap bulan melalui kaedah potongan gaji atau debit terus.

PTPTN sedia bantu peminjam untuk menguruskan kewangan dengan lebih baik melalui kempen ini. Jangan lepaskan peluang ini untuk memastikan masa depan yang lebih cerah tanpa beban tunggakan. Peluang kejayaan anda bermula di sini! 

Untuk sebarang pertanyaan lanjut berkaitan dengan rundingan sama ada pertukaran Ujrah/ penggabungan/ penjadualan atau penstrukturan semula pinjaman, peminjam boleh menghubungi PTPTN melalui saluran berikut: 

 

Baca Terma & Syarat Strukturkan Pinjaman Anda Serendah RM300. 

Baca Soalan Lazim Strukturkan Pinjaman Anda Serendah RM300. 

Baca Soalan Lazim Rundingan Bayaran Balik.