Tempoh kempen:
1 Jun 2026 sehingga 31 Oktober 2026
Tempoh permohonan potongan gaji atau debit terus:
1 Jun 2026 sehingga 31 Ogos 2026
Nikmati ketenangan minda dengan memastikan pembayaran sentiasa tepat pada waktunya dan teratur.
Nikmati kemudahan dan transaksi lebih mudah melalui debit terus.
Bayar balik pinjaman bukan sekadar tanggungjawab tapi ia langkah bijak untuk masa depan anda.

Mengelakkan nama anda tersenarai dalam rekod buruk CCRIS atau CTOS

Membantu mengekalkan rekod kewangan yang positif untuk urusan pembiayaan pada masa hadapan

Komitmen yang diurus secara berkala memberi ketenangan dan mengurangkan beban fikiran berkaitan kewangan

Bayaran yang konsisten membantu mengurangkan baki pinjaman secara berterusan tanpa membebankan
Bayar balik pinjaman anda secara konsisten demi masa depan yang lebih stabil tanpa bebanan hutang. Kebebasan kewangan bukan sekadar impian, tetapi sebuah realiti yang mampu dicapai.
Kempen ini terbuka kepada peminjam PTPTN:-
Tempoh permohonan akan bermula pada 1 Jun 2026 dan berakhir pada 31 Ogos 2026.
Ya, peminjam perlu memastikan bayaran balik pinjaman yang dibuat melalui potongan gaji atau debit terus (direct debit) kekal aktif sehingga tarikh cabutan dan tiada kegagalan transaksi sehingga tamat tempoh kempen bagi melayakkan cabutan, kecuali bagi pinjaman yang telah dibuat penyelesaian penuh.
Tidak perlu kerana kelayakan bagi menyertai kempen ini adalah secara automatik bagi peminjam yang telah memenuhi terma dan syarat.
Secara tentatifnya, tarikh cabutan adalah DUA PULUH (20) HARI selepas tamat tempoh kempen. Walau bagaimanapun, tarikh ini mungkin akan berubah mengikut keperluan dan keadaan semasa.