Facebook
X
Telegram
LinkedIn
WhatsApp

Program Seni Cuti Sekolah

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dengan kerjasama Antz World Bhd telah menganjurkan Program Seni Cuti Sekolah untuk anak-anak di Malaysia khasnya anak-anak pelanggan PTPTN sempena cuti persekolahan yang akan bermula pada 10 Disember ini.

Program ini merupakan sebuah program pembelajaran kesenian yang akan ditayangkan di Facebook dan Instagram PTPTN untuk 12 episod bersempena musim cuti sekolah mulai 10 Disember – 31 Disember seperti jadual berikut:

EpisodTarikh Tayangan
Episod 1 – Mind Map (Part 1)10 Disember 2021 (Jumaat)
Episod 2 – Mind Map (Part 2)11 Disember 2021 (Sabtu)
Episod 3 – Shape Challenges (Part 1)12 Disember 2021 (Ahad)
Episod 4 – Shape Challenges (Part 2)17 Disember 2021 (Jumaat)
Episod 5 – Paper Sculptures (Part 1)18 Disember 2021 (Sabtu)
Episod 6 – Paper Sculptures (Part 2)19 Disember 2021 (Ahad)
Episod 7 – Zentangle Art (Part 1)23 Disember 2021 (Khamis)
Episod 8 – Zentangle Art (Part 2)24 Disember 2021 (Jumaat)
Episod 9 – Drawing & Painting (Part 1)25 Disember 2021 (Sabtu)
Episod 10 – Drawing & Painting (Part 2)26 Disember 2021 (Ahad)
Episod 11 – Collage (Part 1)30 Disember 2021 (Khamis)
Episod 12 – Collage (Part 2)31 Disember 2021 (Jumaat)

Melalui program ini juga, anak-anak turut berpeluang untuk memenangi hadiah wang tunai berjumlah RM5,500 beserta sijil penyertaan dengan menyertai pertandingan seni yang akan diadakan selepas tempoh tayangan. Hadiah yang ditawarkan adalah seperti berikut:

PemenangHadiah Tunai
Tempat PertamaRM250 x1
Tempat KeduaRM150 X1
Tempat KetigaRM100 X1
SaguhatiRM50 X100

Selain memainkan peranan membudayakan penabungan dan menggalakkan bayaran balik pinjaman, PTPTN juga sentiasa proaktif untuk melaksanakan tanggungjawab sosial korporat dalam mempertingkatkan kualiti pendidikan negara dengan menganjurkan program seumpama ini. PTPTN berharap dengan adanya program ini bukan sahaja dapat mengembangkan minda anak-anak untuk berfikir secara kritis dan kreatif tetapi turut meningkatkan kemahiran komunikasi dan membina karakter mereka untuk mencuba sesuatu yang baharu.