Facebook
X
Telegram
LinkedIn
WhatsApp

Manfaat Menabung

Menabung merupakan salah satu amalan yang perlu dipupuk pada setiap individu. Kita sering dengar kata orang dulu-dulu iaitu, ‘sikit-sikit lama-lama jadi bukit’. Perumpamaan ini sangat sesuai digunakan untuk beri gambaran jelas tentang kebaikan dan faedah menabung kepada semua orang. Dari kecil sehingga ke peringkat dewasa amalan menabung merupakan salah satu nilai murni yang sering dipupuk pada setiap peringkat usia. Oleh itu, perkara yang baik sudah pasti akan memberi maafaat pada kita nanti. Oleh itu, jom kami kongsikan antara manfaat-manfaat menabung seperti:

1. Belajar Hidup Berjimat Cermat

Pada realitinya, tidak dinafikan amalan menabung dapat melatih kita untuk belajar berjimat cermat. Daripada amalan menabung, kita akan utamakan perbelanjaan mengikut kepada keperluan sahaja berbanding kehendak yang tidak perlu. Dalam masa yang sama kita dapat mengelakkan tabiat berbelanja dengan boros.

2. Berdisiplin

Seterusnya, mempunyai sikap disiplin merupakan nilai-nilai murni yang perlu ada pada setiap individu untuk menjalani kehidupan seharian mereka. Melalui amalan menabung ini secara tidak langsung dapat memupuk sikap disiplin pada diri individu tersebut. Hal ini dapat dibuktikan, melalui tabiat menabung, kita akan konsisten membuat penabungan tersebut

3. Simpanan Masa Hadapan

Antara manfaat lain menabung dapat mempunyai simpanan untuk kegunaan pada masa hadapan. Hal ini demikian kerana wang simpanan tersebut boleh dijadikan sebagai sumber kewangan untuk kegunaan masa depan. Sebagai contohnya, ibu bapa membuat simpanan untuk tabungan pendidikan anak mereka bermula dari awal kelahiran anak mereka, bak pepatah melayu “sediakan payung sebelum hujan”. Oleh itu, wang yang di simpan boleh digunakan untuk tujuan pendidikan anak mereka pada masa akan datang tanpa perlu membuat pinjaman untuk melanjutkan pelajaran pada masa hadapan.

4. Kegunaan Ketika Kecemasan

Bukan itu sahaja, setiap individu perlu sedar bahawa keperluan wang semasa waktu kecemasan juga membuatkan amalan menabung itu sangat penting. Hal ini kerana kita tidak dapat menjangka pada bila masa kita perlu mengeluarkan wang yang banyak bagi menanggung kos perbelanjaan sesuatu perkara yang hadir tanpa diduga seperti peribahasa “malang tidak berbau”. Sebagai contoh kecemasan adalah seperti, bencana alam, kemalangan, kematian ahli keluarga yang terdekat atau masalah kesihatan. Tahukah anda, membuat simpanan bersama Simpan SSPN Plus sekaligus mendapat perlindungan takaful sehingga RM1 juta? Jom buka akaun simpanan anda bersama Simpan SSPN Plus.

Oleh itu, tidak disangkal lagi, amalan menabung mempunyai banyak manfaat dan faedah pada setiap indvidu. Jadi, jom mulakan membuat penabungan sekarang di Simpan SSPN untuk menjamin masa depan yang lebih cerah!

Kini pembukaan akaun Simpan SSPN Prime dan Simpan SSPN Plus boleh dilakukan melalui aplikasi myPTPTN.

Muat turun myPTPTN, KLIK DI SINI