Facebook
X
Telegram
LinkedIn
WhatsApp

Kempen Pembayaran Tanpa Tunai Cashless Boleh Siri 2

Kempen Pembayaran Tanpa Tunai Cashless Boleh Siri 2 yang dianjurkan oleh Payments Network Malaysia Sdn. Bhd (PayNet) dengan kerjasama Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) ini diadakan bertujuan untuk menggalakkan orang ramai menggunakan kaedah e-pembayaran ataupun tanpa tunai sebagai kaedah pembayaran utama.

Untuk menyertai kempen ini, pelanggan-pelanggan agensi kerajaan perlu membuat pembayaran melalui transaksi e-pembayaran iaitu MyDebit, FPX, JomPAY, DirectDebit atau DuitNow QR di kaunter-kaunter agensi kerajaan yang mengambil bahagian, perbankan atas talian atau telefon mudah alih dalam tempoh kempen yang bermula dari 1 Disember 2021 hingga 31 Mei 2022.

Kempen ini menawarkan hadiah wang tunai bernilai RM1 Juta untuk 100 orang pemenang seperti berikut:

Perkara Hadiah Bilangan Pemenang
Utama Wang Tunai berjumlah RM10,000 100 pemenang

Penggunaan pembayaran tanpa tunai ini adalah bertepatan dengan aspirasi pendigitalan Kerajaan menerusi Rangka Tindakan Ekonomi Digital Malaysia atau MyDigital yang menggariskan pelbagai strategi untuk memangkin transformasi Malaysia kepada sebuah ekonomi digital dan cashless society bagi mengangkat mutu perkhidmatan Kerajaan melalui kaedah pembayaran yang lebih mudah, efisien dan selamat.

Untuk laman web kempen, KLIK DI SINI