Facebook
X
Telegram
LinkedIn
WhatsApp

Kempen myPTPTN, Pay 2Win!

Kempen myPTPTN, Pay 2Win! merupakan kempen kerjasama antara PTPTN bersama Payments Network Malaysia Sdn Bhd (PayNet) yang bertujuan untuk meningkatkan bilangan pengguna baharu myPTPTN, sekaligus dapat mendidik orang ramai mengenai kelebihan bayaran tanpa tunai. Di samping itu, penggunaan transaksi tanpa tunai akan tersebar luas dan dapat meningkatkan bayaran tanpa tunai melalui platform myPTPTN.

Kempen myPTPTN, Pay 2Win! ini terbuka kepada pelanggan PTPTN yang merupakan pengguna berdaftar aplikasi myPTPTN dalam tempoh kempen bermula 1 Jun 2023 sehingga 30 November 2023.

Syarat penyertaan dan kelayakan cabutan adalah seperti berikut:

PerkaraPengguna BaharuPengguna Sedia Ada
Syarat PenyertaanTerbuka kepada pelanggan PTPTN yang memuat turun dan membuat pengesahan identiti di aplikasi myPTPTN semasa tempoh kempenTerbuka kepada pengguna myPTPTN sedia ada yang membuat bayaran balik pinjaman pendidikan PTPTN dan/ atau membuat penambahan simpanan Simpan SSPN melalui myPTPTN semasa tempoh kempen
Kelayakan Cabutan
  • Lima puluh (50) kelayakan cabutan bagi pelanggan baharu PTPTN yang berjaya memuat turun dan membuat pengesahan identiti di aplikasi myPTPTN semasa tempoh kempen
  • Lima (5) kelayakan* cabutan setiap bulan bagi transaksi yang berjaya melalui myPTPTN (tidak tertakluk kepada bilangan transaksi dan jumlah RM)

*Pelanggan hanya mendapat kelayakan cabutan sekali sahaja setiap bulan dalam tempoh kempen

Lima (5) kelayakan* cabutan setiap bulan bagi transaksi yang berjaya melalui myPTPTN (tidak tertakluk kepada bilangan transaksi dan jumlah RM)

*Pelanggan hanya mendapat kelayakan cabutan sekali sahaja setiap bulan dalam tempoh kempen

Setiap pengguna aplikasi myPTPTN adalah berpeluang memenangi hadiah berikut :

PemenangHadiahBilangan Pemenang
UtamaMotosikal Honda Vario 1601
KeduaTablet iPad Pro 12.9″ 256GB2
KetigaTelefon Pintar Samsung Galaxy Z Flip 4 256GB3
SaguhatiJam Pintar Apple Watch Series 84

PTPTN berharap dengan kempen ini akan memudahkan para pelanggan membuat simpanan dalam Simpan SSPN serta peminjam dapat membuat bayaran balik pinjaman pendidikan melalui aplikasi myPTPTN di samping berpeluang menangi hadiah menarik yang ditawarkan.

Terma & Syarat, KLIK DI SINI

Soalan Lazim, KLIK DI SINI

Baca Senarai Pemenang Kempen myPTPTN, Pay 2Win!

Capaian e-Perkhidmatan PTPTN Kini Di Hujung Jari Anda

Muat turun myPTPTN hari ini!