Search
Close this search box.
Facebook
X
Telegram
LinkedIn
WhatsApp
Article Image Cabutan WOW! Kasih

Kempen Cabutan Siri WOW! Kasih Simpan SSPN Zahir Penghargaan, Tawar Hadiah RM100,000

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sebagai agensi di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) berperanan dalam memupuk amalan menabung melalui produk Skim Simpanan Pendidikan Nasional (Simpan SSPN). Justeru, pelbagai kempen dan promosi terus dipergiat bagi menggalakkan amalan ini termasuklah mengadakan Kempen Cabutan Siri WOW! Kasih. Kempen ini yang julung kali diadakan adalah bagi menghargai insan-insan bermakna dalam kehidupan seperti sambutan Hari Ibu, Hari Bapa dan Hari Guru yang bakal diraikan oleh semua masyarakat Malaysia.

Melalui kempen ini, PTPTN menawarkan hadiah lumayan iaitu wang tunai keseluruhan berjumlah RM100,000 untuk 181 pemenang. Hadiah utama berjumlah RM10,000 untuk 1 pemenang dan hadiah saguhati berjumlah RM500 untuk setiap 180 pemenang. Kempen ini terbuka kepada semua pendeposit Simpan SSPN iaitu Simpan SSPN Prime dan Simpan SSPN Plus. Tempoh kempen bermula 1 Mei 2024 sehingga 30 Jun 2024.

Untuk menyertai kempen ini, pendeposit hanya perlu membuka atau membuat penambahan simpanan dalam tempoh kempen. Setiap simpanan bersih RM50 bagi Simpan SSPN Prime akan mendapat satu (1) cabutan, manakala bagi setiap simpanan bersih RM50 bagi Simpan SSPN Plus layak mendapat dua (2) cabutan secara automatik. Menariknya, kelebihan juga diberikan kepada pengguna myPTPTN yang akan mendapat cabutan berganda. Pendeposit Simpan SSPN Prime yang membuat simpanan bersih RM50 melalui myPTPTN atau melalui potongan gaji atau debit terus, akan mendapat lima (5) cabutan. Manakala pendeposit Simpan SSPN Plus yang membuat simpanan bersih RM50 melalui myPTPTN atau melalui potongan gaji atau debit terus pula akan mendapat sepuluh (10) cabutan.

“Pendeposit Simpan SSPN yang menyertai kempen ini bukan sahaja berpeluang untuk memenangi hadiah yang lumayan, mereka bakal menikmati pelbagai keistimewaan dan manfaat Simpan SSPN. Produk simpanan ini merupakan satu-satunya yang menawarkan pelepasan taksiran cukai pendapatan ke atas simpanan bersih sehingga RM8,000 setahun, memberikan perlindungan takaful ke atas pendeposit, Geran Sepadan sehingga RM10,000 untuk satu keluarga yang layak, dividen yang kompetitif, simpanan yang dijamin kerajaan dan patuh syariah. Detik istimewa adalah apabila kita menghargai jasa dan pengorbanan insan tersayang dengan membuat penabungan awal bagi pendidikan anak-anak melalui Simpan SSPN. Simpan lebih, peluang menang pun lebih. Pembukaan akaun atau penambahan simpanan boleh dibuat secara dalam talian melalui aplikasi myPTPTN dengan lebih mudah, cepat dan selamat.”Datuk Norliza Abdul Rahim, Pengerusi PTPTN

Untuk rekod, sehingga 31 Mac 2024, deposit Simpan SSPN yang diterima adalah berjumlah RM17.75 bilion dengan akaun sebanyak 6.32 juta.

Untuk maklumat lanjut, layari laman web Cabutan WOW! Simpan SSPN 2024.