Facebook
X
Telegram
LinkedIn
WhatsApp

Peraduan Kongsi Kisah Anda 2.0

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) amat menghargai para peminjam yang sentiasa komited dalam melaksanakan tanggungjawab bayaran balik pinjaman PTPTN dengan baik dan konsisten. Usaha serta disiplin kewangan yang ditunjukkan bukan sahaja membantu kelestarian dana pendidikan negara, malah menjadi contoh positif kepada masyarakat.

Susulan sambutan menggalakkan menerusi penganjuran terdahulu, PTPTN kembali dengan Peraduan Kongsi Kisah Anda 2.0 sebagai kesinambungan kepada inisiatif yang mengetengahkan kisah sebenar peminjam PTPTN melalui kandungan video kreatif di media sosial. Penganjuran kali ini tampil dengan pendekatan yang lebih santai, segar dan selari dengan trend kandungan digital masa kini.

Peraduan ini terbuka kepada semua peminjam PTPTN mulai 1 Jun 2026 hingga 31 Julai 2026 dan memberi ruang kepada peserta untuk menggunakan kreativiti masing-masing dalam menghasilkan video yang bukan sahaja menarik, malah mampu memberi impak positif dan inspirasi kepada penonton.

Langkah Penyertaan

Langkah 1:
Muat naik video kreatif

Muat naik video kreatif tidak melebihi 3 minit ke akaun media sosial Facebook, Instagram atau TikTok serta hashtag #KongsiKisahAnda dan #CeritaPTPTN sebelum atau selewat-lewatnya 31 Julai 2026.

Langkah 2:
Tag media sosial PTPTN

Pastikan akaun media sosial ditetapkan dalam mod Public dan tag akaun media sosial rasmi PTPTN di @PTPTNOfficial.

Langkah 3:
Isi Borang Penyertaan

Peserta perlu mengisi dan hantar Borang Penyertaan melalui Google Form selewat-lewatnya 31 Julai 2026.

Kongsi Kisah Anda Bersama PTPTN

Ikuti akaun rasmi PTPTN dan jadikan video anda sebahagian daripada kisah inspirasi peminjam PTPTN di seluruh Malaysia

Tawaran Hadiah Menarik

Peraduan ini menawarkan hadiah wang tunai keseluruhan bernilai RM10,000 kepada 13 orang pemenang. Hadiah kemenangan akan dikreditkan terus ke dalam akaun Simpan SSPN Prime pemenang.

PemenangHadiah Tunai (RM)Bil. Pemenang
Utama3,000.001
Kedua2,000.001
Ketiga1,000.001
Saguhati400.0010

Peraduan ini merupakan peluang terbaik untuk para peminjam PTPTN berkongsi pengalaman berharga, menyebarkan inspirasi kepada masyarakat dan mengetengahkan kisah kehidupan yang mampu memberi impak positif kepada orang ramai.

Mungkin kisah anda mampu menjadi motivasi kepada individu lain untuk terus berusaha mencapai impian pendidikan mereka serta melaksanakan tanggungjawab kewangan dengan lebih baik.