Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) amat menghargai para peminjam yang sentiasa komited dalam melaksanakan tanggungjawab bayaran balik pinjaman PTPTN dengan baik dan konsisten. Usaha serta disiplin kewangan yang ditunjukkan bukan sahaja membantu kelestarian dana pendidikan negara, malah menjadi contoh positif kepada masyarakat.
Susulan sambutan menggalakkan menerusi penganjuran terdahulu, PTPTN kembali dengan Peraduan Kongsi Kisah Anda 2.0 sebagai kesinambungan kepada inisiatif yang mengetengahkan kisah sebenar peminjam PTPTN melalui kandungan video kreatif di media sosial. Penganjuran kali ini tampil dengan pendekatan yang lebih santai, segar dan selari dengan trend kandungan digital masa kini.
This contest is open to all PTPTN borrowers starting 1 Jun 2026 hingga 31 Julai 2026 dan memberi ruang kepada peserta untuk menggunakan kreativiti masing-masing dalam menghasilkan video yang bukan sahaja menarik, malah mampu memberi impak positif dan inspirasi kepada penonton.
Langkah Penyertaan
Step 1:
Muat naik video kreatif
Muat naik video kreatif tidak melebihi 3 minit ke akaun media sosial Facebook, Instagram atau TikTok serta hashtag #KongsiKisahAnda and #CeritaPTPTN sebelum atau selewat-lewatnya 31 Julai 2026.
Step 2:
Tag media sosial PTPTN
Ensure that the social media account is set to Public mode and tag PTPTN's official social media account @PTPTNOfficial.
Step 3:
Isi Borang Penyertaan
Peserta perlu mengisi dan hantar Borang Penyertaan melalui Google Form selewat-lewatnya 31 Julai 2026.
Kongsi Kisah Anda Bersama PTPTN
Ikuti akaun rasmi PTPTN dan jadikan video anda sebahagian daripada kisah inspirasi peminjam PTPTN di seluruh Malaysia
Exciting Reward Offers
Peraduan ini menawarkan hadiah wang tunai keseluruhan bernilai RM10,000 kepada 13 orang pemenang. Hadiah kemenangan akan dikreditkan terus ke dalam akaun Simpan SSPN Prime pemenang.
| Category | Cash Prize (RM) | No. of Winners |
| Grand Prize | 3,000.00 | 1 |
| Second Prize | 2,000.00 | 1 |
| Third Prize | 1,000.00 | 1 |
| Consolation | 400.00 | 10 |
Peraduan ini merupakan peluang terbaik untuk para peminjam PTPTN berkongsi pengalaman berharga, menyebarkan inspirasi kepada masyarakat dan mengetengahkan kisah kehidupan yang mampu memberi impak positif kepada orang ramai.
Mungkin kisah anda mampu menjadi motivasi kepada individu lain untuk terus berusaha mencapai impian pendidikan mereka serta melaksanakan tanggungjawab kewangan dengan lebih baik.






