Facebook
X
Telegram
LinkedIn
WhatsApp

7 Langkah Bayaran Balik Pinjaman PTPTN Menggunakan BigPay

Bagi menggalakkan para peminjam PTPTN membuat bayaran balik pinjaman secara konsisten, PTPTN sentiasa komited dalam membudayakan kaedah pembayaran secara digital kepada para pelanggan. Justeru itu, PTPTN telah bekerjasama dengan BigPay sejak tahun 2018, bagi menyokong usaha ini untuk memudahkan para peminjam membuat bayaran balik pinjaman secara dalam talian.

Pasti ramai di antara kita pengguna setia BigPay, bukan?
Jom admin kongsikan langkah mudah untuk membuat bayaran balik pinjaman PTPTN menggunakan BigPay di aplikasi myPTPTN.

Langkah 1:

Log masuk menggunakan nombor Kad Pengenalan di aplikasi myPTPTN

Langkah 2:

Pilih pada AKAUN SAYA dan klik PINJAMAN

Langkah 3:

Klik Pinjaman

Langkah 4:

Klik BAYAR

Langkah 5:

Masukkan amaun bayaran dan kemudian klik pada Pilihan Bayaran serta pilih kaedah Credit/ Debit Kad

Langkah 6:

Pilih Bayar melalui Kad Kredit dan klik pada SAH & BAYAR

Langkah 7:

Masukkan maklumat Kad BigPay dan klik Submit

Selesai.

Selamat membuat permohonan bayaran balik PTPTN melalui BigPay.
Komitmen anda sebagai peminjam untuk membuat bayaran balik pinjaman amatlah bermakna kepada generasi akan datang.

Hubungi Kami

Jika terdapat sebarang pertanyaan lanjut, hubungi kami di:

Careline : 03-21933000
Eksekutif Pemasaran di sini