Facebook
X
Telegram
LinkedIn
WhatsApp

Pendaftaran Program Penjana KPT CAP Keusahawanan: Professional Certificate in Digital Business Development

Program Penjana KPT CAP Keusahawanan: Professional Certificate in Digital Business Development merupakan salah satu inisiatif Kementerian Pengajian Tinggi untuk memberi peluang kepada para graduan dari Institusi Pengajian Tinggi (IPT) di Malaysia pada tahun 2019 sehingga tahun 2022 yang belum mendapat pekerjaan dan berminat mempraktikkan ilmu perniagaan digital serta menceburi bidang keusahawanan. Peserta yang terpilih akan menerima e-mel pencalonan awal untuk menyertai Program Penjana KPT CAP ini berdasarkan data dan kriteria yang ditetapkan. Peserta dikehendaki untuk membuat pra-pendaftaran pada pautan yang diberikan pada emel pencalonan tersebut.

Kelebihan Program KPT CAP :

  1. Program keusahawanan berisiko rendah
  2. Tiada yuran pendaftaran;
  3. Kelengkapan & platform perniagaan dari redONE;
  4. Latihan/bimbingan diberikan;
  5. Pasaran luas tanpa sempadan;


Syarat-Syarat Kelayakan :

  1. Warganegara Malaysia;
  2. Berumur 18 tahun dan ke atas;
  3. Lepasan Diploma atau Ijazah Sarjana Muda
  4. Tahun graduasi – 2019 – 2022 (tamat pengajian sebelum program mula)
  5. Graduan IPTA, IPTS, Kolej Komuniti, dan Politeknik seluruh Malaysia
  6. Berstatus Tamat Pengajian dalam rekod PTPTN;
  7. Mempunyai minat yang tinggi untuk menjadi usahawan;dan
  8. Mempunyai kemahiran interpersonal dan komunikasi yang tinggi.

 

Pendaftaran, KLIK DI SINI.

Jadual Pelaksanaan, KLIK DI SINI.

Soalan Lazim, KLIK DI SINI.