Program Graduate Executive Marketer For Simpan SSPN Plus (GEMS) merupakan salah satu inisiatif PTPTN untuk memberi peluang kepada peminjam yang bergraduat pada tahun 2019 dan 2020 yang belum mendapat pekerjaan dan berminat mempraktikkan ilmu keusahawanan disamping dapat menjana pendapatan. Hanya peminjam yang terpilih akan menerima emel pencalonan awal sebagai peserta untuk menyertai Program GEMS berdasarkan data dan kriteria yang ditetapkan. Peserta dikehendaki untuk membuat pra-pendaftaran pada pautan emel pencalonan tersebut.
Sebagai peserta GEMS, peserta akan menerima elaun dan komisen dengan mempromosi dan memasarkan produk Simpan SSPN Plus. Peserta GEMS turut diberi latihan intensif mengikut modul yang disediakan beserta bimbingan dan tunjuk ajar oleh pegawai PTPTN. Sekiranya peserta GEMS memperolehi tawaran pekerjaan yang lain semasa program ini berjalan, mereka masih boleh terus menjadi peserta GEMS secara sambilan.
Kelebihan Program GEMS :
- Perlindungan takaful berkelompok percuma (untuk tempoh 12 bulan);
- Berpeluang menerima komisen lumayan;
- Tanpa modal perniagaan;
- Waktu kerja fleksibel;
- Sokongan pemasaran berterusan;
- Latihan/bimbingan diberikan;
- Sijil boleh digunakan memohon MicroCredential jika peserta menyambung pengajian ke peringkat Sarjana di mana-mana IPTA.
- Pasaran luas tanpa sempadan;
- Tidak melibatkan transaksi tunai;
- Produk Simpan SSPN Plus telah dikenali; dan
- Produk patuh Syariah.
Syarat-Syarat Kelayakan :
- Warganegara Malaysia;
- Berumur 18 tahun dan ke atas;
- Lepasan Ijazah Sarjana Muda (Aliran Sastera) bergraduat tahun 2019 dan 2020 ;
- Merupakan peminjam PTPTN;
- Berstatus Tamat Pengajian dalam rekod PTPTN dan bayaran balik pinjaman;
- Mempunyai minat yang tinggi dalam bidang pemasaran digital dan aktif menggunakan media sosial; dan
- Tidak berstatus muflis.
Garis Panduan, KLIK DI SINI.
Soalan Lazim, KLIK DI SINI.
Jadual Latihan Intensif, KLIK DI SINI.
Video Panduan MOOC, KLIK DI SINI.