Facebook
X
Telegram
LinkedIn
WhatsApp

Program Kerjaya Pewarisan Syariah

Wasiyyah Shoppe Berhad (WSB) merupakan sebuah syarikat amanah patuh Syariah yang terbesar di Malaysia dalam melahirkan individu yang berpotensi dalam menyelebarluaskan pengetahuan dan solusi pewarisan dan perancangan harta secara patuh Syariah. Peserta yang menyertai program ini akan dilatih oleh individu-individu profesional dan berpengalaman dalam Fiqh mawarith di Malaysia dan di peringkat antarabangsa.

Program Kerjaya Perwarisan Syariah ini merupakan salah satu program kolaborasi di antara PTPTN dan WSB. Program ini hanya terbuka kepada peminjam PTPTN. Sehubungan dengan itu, PTPTN bertanggungjawab untuk menghebahkan peluang ini kepada semua peminjam PTPTN yang terlibat. Melalui program ini, peserta akan menerima komisen dengan mempromosi dan memasarkan lebih dari 38 jenis solusi perkhidmatan pewarisan dan perancangan yang ditawarkan oleh WSB. Peserta turut diberi latihan intensif mengikut modul atas talian yang dikenali sebagai Learning Management System (LMS).  Modul pembelajaran ini boleh diakses oleh peserta pada waktu yang fleksibel untuk membolehkan peserta melengkapkan kursus asas pembelajaran dengan lebih mudah dalam tempoh yang ditetapkan. Program Kerjaya Pewarisan Syariah ini boleh dijalankan secara sambilan atau sepenuh masa oleh peserta.

 

Kelebihan Program Kerjaya Pewarisan Syariah :

  • Komisen yang menarik dan lumayan;
  • Sistem pembelajaran secara atas talian yang mudah diakses di mana jua pada bila-bila masa sahaja;
  • Waktu kerja fleksibel;
  • Sokongan pemasaran berterusan oleh individu profesional dan berpengalaman oleh pihak WSB;
  • Latihan dan bimbingan yang berterusan oleh pihak WSB;
  • Berpeluang melangsaikan bayaran balik pinjaman PTPTN;
  • Solusi perkhidmatan yang ditawarkan oleh WSB adalah patuh Syariah.

 

Syarat Penyertaan :

  1. Warganegara Malaysia;
  2. Beragama Islam;
  3. Berumur 18 tahun dan ke atas;
  4. Merupakan peminjam PTPTN;
  5. Berstatus Tamat Pengajian dalam rekod PTPTN dan bayaran balik pinjaman;
  6. Tidak berstatus bankrap;
  7. Tidak mempunyai apa-apa rekod jenayah;
  8. Mempunyai sekurang-kurangnya Diploma dalam apa-apa bidang;
  9. Mempunyai minat yang tinggi dalam keusahawanan.

 

Garis Panduan, KLIK DI SINI

Jadual Pelaksanaan, KLIK DI SINI

Soalan Lazim, KLIK DI SINI

Pendaftaran, KLIK DI SINI