Program Imarah Ramadan PTPTN (IMRAN) melabuhkan tirainya di lokasi terakhir bagi tahun 2025 dengan penganjuran di SMK Putrajaya Presint 14(1). Sebagai penutup yang bermakna, PTPTN bekerjasama dengan pihak sekolah menganjurkan aktiviti gotong-royong memasak bubur lambuk bersama guru-guru dan pelajar.
Menariknya, pengagihan bubur lambuk kali ini dilaksanakan secara drive-thru di sekitar kawasan sekolah, menyasarkan ibu bapa dan komuniti setempat sebagai penerima. Pendekatan ini bukan sahaja menyemarakkan semangat Ramadan, malah memperlihatkan komitmen PTPTN dalam mendekati masyarakat dengan cara yang kreatif dan inklusif.
Program ini turut dimeriahkan dengan kehadiran barisan tokoh penting antaranya YBhg. Dato’ Seri Norliza Abd Rahim, Pengerusi PTPTN; YBrs. Encik Ahmad Dasuki Abdul Majid, Ketua Eksekutif PTPTN; YBrs. Puan Husna Abdul Rahaman, Ahli Lembaga Pengurusan PTPTN; serta YBhg. Datuk Ahmad Faisal Abdul Karim, wakil pemimpin setempat. Turut hadir ialah YBrs. Tuan Haji Hassim Markom, Pengetua SMK Putrajaya Presint 14(1); Puan Wan Zawiah Wan Abu Bakar, Pengurus Besar Kanan PTPTN; dan Encik Ahmad Shahril @ Muhammad Shahrir Ghazali, Pengarah Negeri PTPTN WP Kuala Lumpur.
Program IMRAN 2025 telah menjadi wadah menyatukan pelbagai lapisan masyarakat sepanjang bulan Ramadan. Semoga inisiatif murni seperti ini terus menyuburkan nilai kebersamaan, keprihatinan dan keberkatan, serta memberi impak positif yang berpanjangan.
#PTPTNPrihatin
#KamiKongsiKamiBantu