Facebook
X
Telegram
LinkedIn
WhatsApp

Program Imarah Ramadan PTPTN (IMRAN) Tahun 2025 di Perak

Program Imarah Ramadan PTPTN (IMRAN) terus menyemarakkan semangat kebersamaan dengan lokasi ketiganya di Sekolah Kebangsaan Kampong Bahagia, Teluk Intan, Perak. Buat julung kalinya, PTPTN bekerjasama dengan pihak sekolah untuk menganjurkan aktiviti gotong-royong memasak bubur lambuk bersama guru-guru, ibu bapa dan komuniti setempat.

Sebagai sebahagian daripada usaha menyantuni masyarakat, bubur lambuk yang telah dimasak diagihkan di dua lokasi utama iaitu di sekitar kawasan sekolah serta di kawasan ikonik Menara Condong Teluk Intan.

Program ini turut dimeriahkan dengan kehadiran YBrs. Puan Mastura Mohd Khalid, Ketua Pegawai Operasi PTPTN, YBrs. Tuan Haji Ramli Abdul Rashid, Ketua Penggerak KPIBKS, serta Encik Andi Nurali Mohamed, Pengarah Negeri Pejabat PTPTN Negeri Perak.

IMRAN bukan sekadar program kebajikan, tetapi juga platform untuk memperkukuh hubungan antara PTPTN dan masyarakat. Diharapkan inisiatif sebegini dapat terus memupuk nilai kebersamaan serta membawa keberkatan di bulan Ramadan menerusi aktiviti yang bermanfaat untuk semua.

#PTPTNPrihatin
#KamiKongsiKamiBantu