Facebook
X
Telegram
LinkedIn
WhatsApp

Program Imarah Ramadan PTPTN (IMRAN) Tahun 2025 di Johor

Program Imarah Ramadan PTPTN (IMRAN) 2025 diteruskan ke lokasi kelapan di bahagian selatan tanah air dengan penganjuran di Politeknik METrO Johor Bahru (PMJB). Program ini berlangsung meriah dengan aktiviti gotong-royong menyediakan nasi minyak, melibatkan kerjasama erat antara PTPTN, pelajar dan kakitangan politeknik.

Juadah yang disediakan kemudiannya diagihkan kepada pelajar, kakitangan serta komuniti setempat sebagai simbolik semangat perkongsian rezeki dan kebersamaan sepanjang bulan Ramadan.

Turut hadir memeriahkan program ini ialah YBrs. Dr. Supa’at bin Haji Zakaria @ Jawahir, Pengarah Politeknik METrO Johor Bahru; Encik Mohd Rusdi Ismail dan Encik Rusyaizul Husain, masing-masing Pengurus Besar Kanan PTPTN; serta Puan Mazni Ruslan, Pengarah Negeri, Pejabat PTPTN Negeri Johor.

Program IMRAN bukan sekadar inisiatif kebajikan, tetapi juga wadah untuk memperkukuh ukhwah dan silaturahim antara PTPTN, institusi pengajian serta pelajar melalui aktiviti bermanfaat dan penuh keberkatan.

#PTPTNPrihatin
#KamiKongsiKamiBantu