Facebook
X
Telegram
LinkedIn
WhatsApp

Program Imarah Ramadan PTPTN (IMRAN) Tahun 2025 di Sarawak

Program Imarah Ramadan PTPTN (IMRAN) meneruskan jelajahnya ke Bumi Kenyalang dengan kerjasama Politeknik Mukah Sarawak, membawa semangat Ramadan melalui aktiviti gotong-royong dan pengagihan juadah berbuka puasa.

Program kali ini menyaksikan penglibatan aktif kakitangan PTPTN bersama pelajar dan staf politeknik dalam gotong-royong penyediaan nasi beriani ayam, yang kemudiannya diagihkan kepada warga politeknik sebagai juadah berbuka.

Turut hadir menjayakan program ini ialah Encik Yussuff bin Chik, Pengarah Negeri Pejabat PTPTN Negeri Sarawak; Encik Suhaili bin Aleh, Pengarah Politeknik Mukah Sarawak; dan Encik Iskandar bin Reduan, Timbalan Pengarah Akademik Politeknik Mukah Sarawak.

IMRAN bukan sekadar program pengagihan makanan, tetapi juga sebuah usaha untuk memupuk nilai kebersamaan, keprihatinan dan ukhuwah dalam kalangan warga institusi pendidikan dan masyarakat setempat. Semoga inisiatif sebegini terus membawa keberkatan dan manfaat sepanjang bulan Ramadan.

#PTPTNPrihatin
#KamiKongsiKamiBantu