Facebook
X
Telegram
LinkedIn
WhatsApp

Program Baucar Perlindungan Tenang (PTV)

Program Baucar Perlindungan Tenang (PTV) telah diperkenalkan oleh Kerajaan sebagai salah satu langkah bagi membantu golongan B40 dan juga penerima Bantuan Keluarga Malaysia (BKM). PTV ini merupakan baucar yang boleh ditebus oleh penerima yang layak bagi mendapatkan perlindungan takaful selama setahun dengan pelan-pelan yang bernaung di bawah program Perlindungan Tenang.

Program PTV telah diperkenalkan pada 1 Januari 2021 dengan nilai baucar sebanyak RM50 dan telah ditingkatkan nilainya kepada RM75 bermula 1 Januari 2022. Baucar ini boleh digunakan bagi menyertai produk Perlindungan Tenang atau memperbaharui pelan Perlindungan Tenang yang sedia ada.

Inisiatif ini diambil sejajar dengan hasrat Kerajaan bagi meluaskan jaringan keselamatan sosial serta menjamin kelangsungan hidup terutamanya bagi golongan B40, selain penyertaan takaful yang rendah dalam kalangan golongan sasar ini.

Great Eastern Takaful Berhad (GETB) sebagai salah satu Syarikat Pengendali Takaful telah menyahut seruan Kerajaan ini dengan memperkenalkan produk mikrotakaful di bawah program Perlindungan Tenang, iaitu MikroSayang+. Penerima baucar PTV boleh menggunakan baucar ini untuk menebus perlindungan takaful MikroSayang+ selama setahun tanpa sebarang bayaran tambahan.

Berikut adalah pilihan pelan yang ditawarkan:

  1. Pelan A+ : Manfaat Hospitalisasi sebanyak RM50/sehari beserta manfaat Kematian dan Hilang Upaya Penuh dan Kekal sebanyak RM5,000 – caruman RM75 setahun
  2. Pelan B+ : Manfaat Penyakit Kritikal sebanyak RM5,000 beserta manfaat Kematian dan Hilang Upaya Penuh dan Kekal sebanyak RM5,000 – caruman RM75 setahun

 

Kedua-dua pelan di atas boleh ditebus menggunakan baucar PTV RM7.

PTPTN sebagai rakan strategik GETB menyambut baik dan menyokong inisiatif ini dengan berkongsi maklumat di portal rasmi PTPTN agar sebaran maklumat lebih meluas dan memberi manfaat kepada rakyat Malaysia.

Sila KLIK DI SINI bagi semakan kelayakan dan penebusan baucar.

Soalan lazim, KLIK DI SINI.