Bayar balik pinjaman PTPTN kini lebih menarik dengan peluang mengumpul mata ganjaran menerusi Kempen Wheel of PT Points! Inisiatif yang diperkenalkan oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) ini memberi nilai tambah kepada pengguna myPTPTN melalui pemberian mata ganjaran PT Points serta peluang menyertai permainan interaktif Roda Impian.
Melalui kempen ini, pengguna yang membuat bayaran balik pinjaman PTPTN minimum RM100 melalui myPTPTN berpeluang menerima 20 PT Points serta 3 peluang bermain permainan interaktif Roda Impian untuk mendapatkan mata ganjaran tambahan.
Kempen ini terbuka kepada semua pengguna myPTPTN bermula 1 November hingga 15 Disember 2026 dan dilaksanakan berdasarkan konsep “first come, first serve”. Pemberian mata ganjaran serta peluang bermain permainan interaktif Roda Impian adalah tertakluk kepada baki peruntukan PT Points yang masih tersedia. Sekiranya peruntukan tersebut habis lebih awal, kempen boleh ditamatkan sebelum tarikh akhir yang ditetapkan.
Cara Penyertaan
Nak kumpul PT Points sambil membuat bayaran balik PTPTN? Mudah sahaja! Ikuti langkah berikut:
Daftar atau log masuk myPTPTN
Muat turun myPTPTN dan daftar sebagai pengguna sekiranya anda belum mempunyai akaun.
Buat bayaran balik pinjaman PTPTN
Lakukan transaksi bayaran balik minimum RM100 melalui myPTPTN sepanjang tempoh kempen.
Kumpul PT Points
Terima 20 PT Points* bagi setiap gandaan transaksi RM100 yang layak.
Main Roda Impian
Nikmati 3 peluang bermain* Roda Impian apabila membuat bayaran balik minimum RM100 dalam satu resit untuk peluang memperoleh PT Points tambahan.
*Tertakluk kepada tempoh kempen dan baki PT Points yang masih ada, mana yang terdahulu
Lebih menarik, pengguna berpeluang memperoleh 20 PT Points bagi setiap gandaan transaksi bernilai RM100. Semakin tinggi nilai bayaran balik yang dibuat, semakin banyak mata ganjaran PT Points yang berpeluang dikumpulkan.
Jadikan bayaran balik anda lebih bernilai!
Kumpul dan tebus mata ganjaran PT Points dengan setiap bayaran balik di myPTPTN.
Pemberian & Penebusan PT Points
Had maksimum harian bagi pemberian PT Points bagi setiap pengguna adalah sebanyak 2,000 PT Points setiap hari sepanjang tempoh kempen, tertakluk kepada baki peruntukan yang masih tersedia.
PT Points yang berjaya dikumpulkan boleh ditebus kepada nilai wang bagi produk PTPTN sahaja, iaitu bagi tujuan:
- Bayaran balik pinjaman PTPTN
- Deposit Simpan SSPN Prime
- Deposit Simpan SSPN Plus
Penebusan hanya boleh dibuat apabila jumlah mata ganjaran terkumpul mencapai had minimum 2,000 PT Points.
Bayar Balik Pinjaman & Kumpul PT Points
Setiap bayaran balik pinjaman PTPTN kini bukan sekadar memenuhi komitmen kewangan, malah membuka peluang untuk menikmati ganjaran menarik menerusi Kempen Wheel of PT Points. Dengan gabungan mata ganjaran PT Points dan permainan interaktif Roda Impian, urusan bayaran balik melalui myPTPTN menjadi lebih menyeronokkan dan berbaloi.
Jangan lepaskan peluang ini! Buat bayaran balik pinjaman PTPTN melalui myPTPTN sepanjang tempoh kempen dan rebut peluang mengumpul PT Points tambahan.
Jom bayar balik, main Roda Impian dan kumpul PT Points anda hari ini!







