Facebook
X
Telegram
LinkedIn
WhatsApp

Kempen JomPAY & Win! 2021

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dengan kerjasama Kumpulan Ambank (M) Bhd (Ambank) dan Payments Network Malaysia Sdn Bhd (PayNet) menganjurkan Peraduan JomPAY and Win! 2021. Kempen ini dianjurkan bagi menghargai peminjam yang komited membuat bayaran balik pinjaman mereka.

Kempen JomPAY & Win! 2021 pada kali ini menawarkan hadiah wang tunai berbentuk bayaran balik atau simpanan SSPN-i kepada para pemenang. Bagi pemenang yang mempunyai jumlah baki pinjaman kurang daripada nilai hadiah yang dimenangi, sebarang lebihan daripada hadiah tersebut akan dimasukkan ke dalam akaun simpanan SSPN-i pemenang.

Selain menunaikan tanggungjawab membayar balik pinjaman, secara tidak langsung peminjam PTPTN juga dapat menyertai kempen yang dianjurkan dan memenangi wang tunai sebagai tambahan kewangan membantu mereka membayar balik pinjaman.

Kempen ini terbuka kepada semua peminjam PTPTN yang membuat bayaran balik pinjaman PTPTN melalui saluran dalam talian JomPAY. Tempoh promosi adalah selama tiga (3) bulan mulai 1 Ogos 2021 sehingga 31 Oktober 2021. Peminjam PTPTN hanya perlu membuat bayaran balik dengan nilai minimum RM100 dalam tempoh promosi untuk melayakkan peminjam mendapat satu (1) cabutan dan penyertaan adalah secara automatik.

Kempen kali ini menawarkan hadiah lumayan bernilai RM50,000 untuk 50 orang pemenang seperti berikut:

Hadiah Bilangan Hadiah
Pertama : RM11,000 1
Kedua : RM8,000 1
Ketiga : RM5,000 1
Keempat : RM3,000 1
Saguhati : RM500 46

Hadiah yang ditawarkan ini adalah tajaan sepenuhnya oleh Ambank dengan kerjasama PayNet sebagai jalinan kerjasama strategik dengan PTPTN. PTPTN dan AmBank telah menjalin kerjasama sejak tahun 2017 lagi dalam usaha untuk menggalakkan pelanggan PTPTN melakukan transaksi pembayaran melalui saluran dalam talian JomPAY tanpa sebarang kos.

JomPAY merupakan perkhidmatan pembayaran bil dalam talian terbesar di Malaysia yang menawarkan kemudahan perkhidmatan pembayaran kepada para pelanggan melalui mana-mana bank di Malaysia. Kolaborasi ini adalah bukti komitmen dan kesungguhan PTPTN untuk memastikan peminjam dapat melaksanakan bayaran balik dengan cepat, mudah dan selamat secara dalam talian di kala pandemik Covid-19 masih melanda.

Peminjam PTPTN boleh memilih saluran JomPAY untuk membuat bayaran balik pinjaman di samping memenangi hadiah yang disediakan melalui kempen ini. Sesungguhnya bayaran balik pinjaman yang dibuat oleh para peminjam amat bermakna dan penting untuk kesinambungan pinjaman PTPTN kepada generasi akan datang.

Untuk terma dan syarat, klik disini.

Untuk soalan lazim, klik disini.