Facebook
Twitter
Telegram
LinkedIn
WhatsApp

Kempen Gong Xi Ang Pow 2022

Sempena perayaan Tahun Baru Cina yang akan disambut 1 Februari 2022 ini, PTPTN menganjurkan kempen Gong Xi Ang Pow 2022 dengan bertemakan ‘Gong Xi Simpan, Kongsi Ong! Hari-Hari Mesti Mau Simpan Tau!’ yang sinonim dengan ucapan Gong Xi Fa Cai iaitu Semoga Kebahagiaan dan Kekayaan Bersamamu. Tema ini dipilih bagi menyemarakkan kemeriahan Tahun Baru Cina agar kasih sayang dapat dirasai oleh masyarakat Malaysia yang berbilang bangsa.

Kempen ‘Gong Xi Ang Pow 2022’ dianjurkan di Peringkat Negeri pada kali ini menawarkan hadiah keseluruhan hampir RM100,000.00 untuk dimenangi. Kempen ini terbuka kepada semua pendeposit Simpan SSPN iaitu Simpan SSPN Prime dan Simpan SSPN Plus. Tempoh promosi kempen adalah selama sebulan bermula 15 Januari 2022 hingga 15 Februari 2022.

Setiap negeri menawarkan hadiah menarik kepada lapan (8) pemenang iaitu:

Hadiah Bilangan Hadiah
Pertama : TV Pintar 4K 50’’ 1 Pemenang X 14 Negeri
Kedua : Periuk Tekanan Tinggi 1 Pemenang X 14 Negeri
Ketiga : Basikal Lipat 1 Pemenang X 14 Negeri
Saguhati : Ang Pow bernilai RM388 5 Pemenang X 14 Negeri

Untuk menyertai kempen ini, pendeposit hanya perlu membuat simpanan bersih serendah RM50.00 dalam tempoh kempen dan akan layak mendapat satu (1) cabutan secara automatik. Pendeposit Simpan SSPN yang menyertai kempen ini bukan sahaja berpeluang untuk memenangi hadiah lumayan, malah akan menikmati pelbagai keistimewaan Simpan SSPN yang disediakan seperti pemberian dividen yang kompetitif, perlindungan takaful dan pelepasan taksiran cukai pendapatan sehingga RM8,000 setahun.

Penganjuran kempen ini adalah sebagai tanda penghargaan daripada PTPTN kepada pendeposit yang setia memilih Simpan SSPN sebagai pilihan utama untuk menabung di musim perayaan. PTPTN berharap kempen ini akan dapat menarik minat dan menyuntik motivasi masyarakat untuk terus membuat penabungan sekali gus dapat memeriahkan sambutan Tahun Baru Cina serta mengeratkan lagi hubungan silaturrahim masyarakat majmuk selaras dengan konsep Keluarga Malaysia.

Untuk terma dan syarat, KLIK DI SINI.

Untuk soalan lazim, KLIK DI SINI.