Bayar balik pinjaman PTPTN kini lebih menarik dengan peluang mengumpul mata ganjaran menerusi Kempen Wheel of PT Points! Inisiatif yang diperkenalkan oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) ini memberi nilai tambah kepada pengguna myPTPTN melalui pemberian mata ganjaran PT Points serta peluang menyertai permainan interaktif Roda Impian.
Melalui kempen ini, pengguna yang membuat bayaran balik pinjaman PTPTN minimum RM100 melalui myPTPTN berpeluang menerima 20 PT Points serta 3 peluang bermain permainan interaktif Roda Impian untuk mendapatkan mata ganjaran tambahan.
Kempen ini terbuka kepada semua pengguna myPTPTN start on 1 November hingga 15 Disember 2026 dan dilaksanakan berdasarkan konsep “first come, first serve”. Pemberian mata ganjaran serta peluang bermain permainan interaktif Roda Impian adalah tertakluk kepada baki peruntukan PT Points yang masih tersedia. Sekiranya peruntukan tersebut habis lebih awal, kempen boleh ditamatkan sebelum tarikh akhir yang ditetapkan.
Participation Method
Nak kumpul PT Points sambil membuat bayaran balik PTPTN? Mudah sahaja! Ikuti langkah berikut:
Daftar atau log masuk myPTPTN
Muat turun myPTPTN dan daftar sebagai pengguna sekiranya anda belum mempunyai akaun.
Buat bayaran balik pinjaman PTPTN
Lakukan transaksi bayaran balik minimum RM100 melalui myPTPTN sepanjang tempoh kempen.
Kumpul PT Points
Terima 20 PT Points* bagi setiap gandaan transaksi RM100 yang layak.
Main Roda Impian
Nikmati 3 peluang bermain* Roda Impian apabila membuat bayaran balik minimum RM100 dalam satu resit untuk peluang memperoleh PT Points tambahan.
*Tertakluk kepada tempoh kempen dan baki PT Points yang masih ada, mana yang terdahulu
Lebih menarik, pengguna berpeluang memperoleh 20 PT Points bagi setiap gandaan transaksi bernilai RM100. Semakin tinggi nilai bayaran balik yang dibuat, semakin banyak mata ganjaran PT Points yang berpeluang dikumpulkan.
Make your repayments more rewarding!
Kumpul dan tebus mata ganjaran PT Points dengan setiap bayaran balik di myPTPTN.
Pemberian & Penebusan PT Points
Had maksimum harian bagi pemberian PT Points bagi setiap pengguna adalah sebanyak 2,000 PT Points setiap hari sepanjang tempoh kempen, tertakluk kepada baki peruntukan yang masih tersedia.
Accumulated PT Points can be redeemed into monetary value exclusively for PTPTN products, for the following purposes:
- PTPTN loan repayment
- Simpan SSPN Prime deposit
- Simpan SSPN Plus deposit
Redemption can only be made once the accumulated points reach a minimum of 2,000 PT Points.
Bayar Balik Pinjaman & Kumpul PT Points
Setiap bayaran balik pinjaman PTPTN kini bukan sekadar memenuhi komitmen kewangan, malah membuka peluang untuk menikmati ganjaran menarik menerusi Kempen Wheel of PT Points. Dengan gabungan mata ganjaran PT Points dan permainan interaktif Roda Impian, urusan bayaran balik melalui myPTPTN menjadi lebih menyeronokkan dan berbaloi.
Jangan lepaskan peluang ini! Buat bayaran balik pinjaman PTPTN melalui myPTPTN sepanjang tempoh kempen dan rebut peluang mengumpul PT Points tambahan.
Jom bayar balik, main Roda Impian dan kumpul PT Points anda hari ini!









