Facebook
X
Telegram
LinkedIn
WhatsApp

Kempen myPTPTN Misi Plus

Seiring dengan usaha memperluaskan kemudahan digital kepada masyarakat, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) terus memperkenalkan pelbagai inisiatif melalui myPTPTN bagi memudahkan pengguna mengurus keperluan berkaitan produk dan perkhidmatan PTPTN dengan lebih mudah, cepat dan selamat.

Sejajar dengan usaha tersebut, PTPTN memperkenalkan Kempen myPTPTN Misi Plus yang memberi peluang kepada pengguna myPTPTN mengumpul mata ganjaran PT Points melalui pembukaan akaun baharu Simpan SSPN Plus bagi pakej terpilih menerusi myPTPTN.

Kempen ini terbuka kepada semua pengguna myPTPTN start on 1 Oktober 2026 hingga 31 Oktober 2026 dan dilaksanakan berdasarkan konsep “first come, first serve”. Pemberian mata ganjaran PT Points adalah tertakluk kepada baki peruntukan PT Points yang masih tersedia. Sekiranya peruntukan PT Points telah habis lebih awal, kempen ini boleh ditamatkan sebelum tarikh akhir yang dinyatakan.

Participation Method

Untuk menyertai kempen ini, pelanggan hendaklah memuat turun myPTPTN dan mendaftar sebagai pengguna myPTPTN.

Sepanjang tempoh kempen, pengguna perlu membuat pembukaan akaun baharu Simpan SSPN Plus melalui myPTPTN bagi pakej Zamrud dan/ atau Nilam dan/ atau Berlian untuk mendapatkan mata ganjaran PT Points seperti berikut:

ProductMinimum Savings* (RM)PT Points Reward Points**
Simpan SSPN Plus*RM10010 mata ganjaran

*Tertakluk kepada pakej Zamrud dan/ atau Nilam dan/ atau Berlian.
**Subject to the campaign period and the remaining PT Points balance available, whichever comes first.

Lebih menarik, pengguna berpeluang memperoleh mata ganjaran PT Points bagi setiap gandaan transaksi bernilai RM100. Semakin tinggi nilai transaksi yang dibuat semasa pembukaan akaun, semakin banyak PT Points boleh dikumpulkan.

Mulakan Simpanan, Mulakan Misi Plus!

Buka akaun Simpan SSPN Plus baharu bagi pakej Zamrud, Nilam or Berlian dan kumpul ganjaran PT Points.

Ganjaran & Penebusan PT Points

Had maksimum harian bagi pemberian PT Points bagi setiap pengguna adalah sebanyak 2,000 PT Points setiap hari sepanjang tempoh kempen.

Accumulated PT Points can be redeemed into monetary value exclusively for PTPTN products, for the following purposes:

  • PTPTN loan repayment
  • Simpan SSPN Prime deposit
  • Simpan SSPN Plus deposit

Redemption can only be made once the accumulated points reach a minimum of 2,000 PT Points.

Jom Mulakan Misi Plus

Melalui Kempen myPTPTN Misi Plus, PTPTN terus memperluaskan pendekatan digital dalam menggalakkan masyarakat membuat perancangan kewangan bagi pendidikan melalui Simpan SSPN Plus. Pada masa yang sama, pemberian PT Points memberikan nilai tambah kepada pengguna myPTPTN yang membuat pembukaan akaun baharu bagi pakej yang layak sepanjang tempoh kempen.

Rebut peluang ini untuk memulakan simpanan melalui Simpan SSPN Plus melalui myPTPTN dan kumpul PT Points bagi setiap transaksi yang layak.

 Log masuk myPTPTN dan mulakan Misi Plus anda hari ini!