Facebook
X
Telegram
LinkedIn
WhatsApp

Senarai Pemenang Peraduan Kongsi Kisah Anda 2.0

Peraduan Kongsi Kisah Anda 2.0 anjuran Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang berlangsung dari 1 Jun hingga 31 Julai 2026 telah melabuhkan tirainya.

Peraduan ini merupakan kesinambungan daripada penganjuran terdahulu yang memberi peluang kepada peminjam PTPTN untuk berkongsi kisah dan pengalaman sebenar mereka dalam melaksanakan tanggungjawab bayaran balik pinjaman pendidikan melalui penghasilan video kreatif di media sosial.

Pelbagai kisah menarik dan penuh inspirasi telah dikongsikan menerusi Facebook, Instagram dan TikTok. Setiap penyertaan bukan sahaja menyerlahkan kreativiti peserta dalam menyampaikan penceritaan tersendiri, malah turut membawa mesej positif tentang kepentingan disiplin kewangan dan komitmen dalam melaksanakan tanggungjawab bayaran balik pinjaman PTPTN.

13 orang pemenang berjaya membawa pulang hadiah wang tunai keseluruhan bernilai RM10,000!

Berikut merupakan senarai pemenang Peraduan Kongsi Kisah Anda 2.0:

Winner CategoriesPrizesNo. of WinnersVideo PemenangSenarai Penuh Pemenang
Grand PrizeRM3,0001Tonton Video
Second PrizeRM2,0001Tonton Video
Third PrizeRM1,0001Tonton Video
ConsolationRM40010–

PTPTN mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua pemenang yang berjaya menyerlahkan kreativiti dan menghasilkan video penuh inspirasi. Penghargaan juga diberikan kepada semua peserta yang telah mengambil bahagian serta berkongsi kisah dan pengalaman masing-masing.

Melalui penganjuran peraduan ini, PTPTN berharap agar perkongsian kisah sebenar para peminjam dapat menjadi sumber motivasi kepada masyarakat, khususnya dalam memupuk kesedaran tentang kepentingan pengurusan kewangan yang baik serta amalan bayaran balik pinjaman secara konsisten.

Terima kasih kerana menjadikan kisah anda sebagai inspirasi kepada orang lain!

#KongsiKisahAnda #CeritaPTPTN