Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sentiasa komited memperkukuhkan budaya kewangan dan amalan menabung dalam kalangan rakyat Malaysia, khususnya bagi membantu masyarakat membuat perancangan awal untuk masa depan pendidikan. Seiring dengan perkembangan digital semasa, PTPTN terus memperkenalkan inisiatif yang lebih interaktif dan mudah diakses melalui penggunaan myPTPTN.
Sejajar dengan usaha tersebut, PTPTN memperkenalkan Kempen Save & Unbox PT Points, iaitu kempen interaktif yang memberi peluang kepada pengguna myPTPTN mengumpul mata ganjaran PT Points melalui transaksi simpanan di Simpan SSPN serta penyertaan dalam permainan interaktif yang disediakan sepanjang tempoh kempen.
Kempen ini terbuka kepada semua pengguna myPTPTN bermula 1 Julai 2026 hingga 31 Julai 2026 dan dilaksanakan berasaskan konsep “first come, first serve”. Pemberian mata ganjaran PT Points adalah tertakluk kepada baki peruntukan PT Points yang masih tersedia. Sekiranya peruntukan PT Points telah habis lebih awal, kempen ini boleh ditamatkan sebelum tarikh akhir yang dinyatakan.
Cara Penyertaan
Untuk menyertai kempen ini, pengguna hendaklah memuat turun myPTPTN dan mendaftar sebagai pengguna myPTPTN. Sepanjang tempoh kempen, pengguna perlu membuat simpanan minimum di Simpan SSPN melalui myPTPTN untuk melayakkan diri menerima mata ganjaran PT Points. Lebih banyak simpanan dilakukan, lebih tinggi mata ganjaran PT Points boleh dikumpul.
| Produk | Minimum Simpanan* (RM) | Mata Ganjaran PT Points** |
| Simpan SSPN Prime | RM100 | 2 mata ganjaran |
| Simpan SSPN Plus | RM100 | 2 mata ganjaran |
*Simpanan merujuk kepada pembukaan dan/ atau penambahan di Simpan SSPN.
**Tertakluk kepada tempoh kempen dan baki PT Points yang masih ada, mana yang terdahulu.
Selain mata ganjaran melalui transaksi simpanan, pengguna yang membuat transaksi simpanan minimum RM100 turut berpeluang bermain permainan interaktif Kotak Misteri dengan pemberian tambahan mata ganjaran PT Points seperti berikut:
| Produk | Minimum Simpanan (RM) | Peluang Bermain*** |
| Simpan SSPN Prime | RM100 | 3 kali |
| Simpan SSPN Plus | RM100 | 3 kali |
***Tertakluk kepada tempoh kempen dan baki PT Points yang masih ada, mana yang terdahulu.
Mata ganjaran PT Points akan dikreditkan secara automatik sebaik sahaja transaksi berjaya dan permainan Kotak Misteri selesai dimainkan. Walau bagaimanapun, setiap pengguna tertakluk kepada had maksimum harian sebanyak 2,000 PT Points sepanjang tempoh kempen.
Jadikan simpanan anda lebih bernilai!
Kumpul dan tebus mata ganjaran PT Points dengan setiap simpanan di myPTPTN.
PT Points yang berjaya dikumpulkan boleh ditebus kepada nilai wang bagi produk PTPTN sahaja, iaitu bagi tujuan:
- Bayaran balik pinjaman PTPTN
- Deposit Simpan SSPN Prime
- Deposit Simpan SSPN Plus
Penebusan hanya boleh dibuat apabila jumlah mata ganjaran terkumpul mencapai had minimum 2,000 PT Points.
Secara keseluruhannya, Kempen Save & Unbox PT Points merupakan antara usaha PTPTN dalam menggalakkan budaya menabung secara konsisten melalui pendekatan digital yang lebih interaktif dan menarik. Melalui kempen ini, pengguna myPTPTN bukan sahaja dapat membina simpanan pendidikan masa depan melalui Simpan SSPN, malah berpeluang menikmati ganjaran PT Points yang disediakan sepanjang tempoh kempen.








