Facebook
X
Telegram
LinkedIn
WhatsApp

Kempen Setel PTPTN Dengan CIMB

Dalam usaha menggalakkan pengurusan kewangan yang lebih mampan serta menyokong kelangsungan dana pendidikan negara, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dengan kerjasama CIMB Islamic Bank Berhad (CIMB) memperkenalkan Kempen Setel PTPTN dengan CIMB, sebuah inisiatif yang menggabungkan amalan bayaran balik pinjaman pendidikan dengan peluang memenangi hadiah wang tunai yang lumayan.

Kempen ini memberi ganjaran kepada peminjam PTPTN yang konsisten membuat bayaran balik melalui Akaun Pelaburan Harian Tanpa Had-i (Akaun DURIAN-i), di samping menggalakkan tabiat menyimpan secara berterusan. Kempen ini berlangsung sepanjang tahun bermula 1 Januari 2026 hingga 31 Disember 2026, dengan pemilihan pemenang dilaksanakan secara suku tahunan.

Kempen ini terbuka kepada:

  • Pelanggan baharu dan sedia ada CIMB yang merupakan Pemegang Akaun DURIAN-i*
  • Peminjam PTPTN yang membuat bayaran balik pinjaman atas nama sendiri

*Bagi akaun bersama, hanya pemegang akaun utama layak menyertai kempen ini.

Sebagai syarat asas, pelanggan perlu mengekalkan baki purata minimum RM100 bagi setiap suku tahun di dalam akaun DURIAN-i untuk layak menyertai kempen. Berikut adalah senarai transaksi bagi menambah jumlah penyertaan dan berpeluang memenangi hadiah yang ditawarkan:

Transaksi LayakJumlah Penyertaan

Membuka Akaun DURIAN-i sepanjang Tempoh Kempen

(terhad kepada 10 penyertaan setahun)

10 penyertaan

Bayaran balik PTPTN (JomPAY / Pay Bill / Auto Debit) melalui Akaun DURIAN-i

(terhad kepada 5 penyertaan sebulan)

5 penyertaan

Bayaran balik PTPTN melalui Aplikasi MyPTPTN* (FPX) yang didebitkan daripada Akaun DURIAN-i

(terhad kepada 10 penyertaan sebulan)

10 penyertaan

Menetapkan transaksi berjadual Auto-Debit

(terhad kepada 5 penyertaan setahun)

5 penyertaan

Bayaran balik PTPTN secara berturut-turut selama 3 bulan

(terhad kepada 20 penyertaan setahun)

5 penyertaan

Baki Purata Suku Tahunan sebanyak RM2,000 di dalam akaun DURIAN-i

(terhad kepada 20 penyertaan setahun)

 10 penyertaan

Lebih banyak transaksi layak dilakukan, lebih tinggi jumlah penyertaan yang diperoleh, sekali gus meningkatkan peluang untuk dipilih sebagai pemenang. Sila layari www.cimb.com.my untuk maklumat lanjut.

Pelanggan Layak dalam Kempen ini juga Layak untuk menyertai dan berpeluang memenangi hadiah dalam Kempen Riuh Durian Runtuh 2026.

Apa itu DURIAN-i?

DURIAN-i ialah akaun yang menawarkan fleksibiliti yang sama seperti akaun simpanan-i, sambil memberi peluang untuk mengembangkan dana anda melalui pelaburan beretika ke dalam aset-aset lestari yang patuh Syariah.

Melalui kempen ini, hadiah wang tunai bernilai keseluruhan RM500,000 ditawarkan kepada 144 pemenang adalah seperti berikut:

PemenangBilangan PemenangHadiah Tunai (RM)Hadiah Tunai Keseluruhan (RM)
Utama125,00025,000
Kedua220,00040,000
Ketiga310,00030,000
Saguhati301,00030,000
Jumlah Suku Tahunan36125,000
Jumlah Tahunan144500,000

Setiap pelanggan layak hanya boleh memenangi satu (1) hadiah suku tahunan sepanjang tempoh kempen.

Hadiah berbentuk ganjaran tunai yang dimenangi akan dikreditkan ke dalam akaun pinjaman pemenang sebagai bayaran balik pinjaman dalam tempoh DUA (2) BULAN daripada tarikh cabutan. Jika jumlah baki pinjaman pemenang kurang daripada nilai hadiah yang dimenangi, sebarang lebihan daripada hadiah tersebut, akan dikreditkan ke dalam akaun Simpan SSPN Prime pemenang. Sekiranya pemenang tidak mempunyai akaun, pihak PTPTN akan membuat pembukaan akaun tersebut secara pre-opening.

Pendekatan ini bukan sahaja membantu meringankan beban pinjaman pendidikan, malah menyokong amalan simpanan jangka panjang demi masa depan pendidikan.

Kempen Setel PTPTN dengan CIMB membuktikan bahawa bayaran balik pinjaman pendidikan bukan sekadar tanggungjawab, malah boleh menjadi peluang untuk membina kestabilan kewangan dan masa depan yang lebih terjamin. Mulakan langkah bijak hari ini dengan Akaun DURIAN-i, buat bayaran balik PTPTN secara konsisten dan rebut peluang memenangi hadiah wang tunai yang memberi impak sebenar kepada kewangan anda.

Belum mempunyai Akaun DURIAN-i?

Buka akaun anda dalam talian hari ini!

  1. Lengkapkan borang permohonan dalam talian
  2. Hantar MyKad dan video swafoto
  3. Pindahkan deposit awal daripada akaun bank anda yang lain melalui FPX