Facebook
X
Telegram
LinkedIn
WhatsApp

Kempen Ibu Bapa Simpan, Generasi Harapan

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sentiasa mengiktiraf peranan ibu bapa sebagai tunjang utama dalam perancangan masa depan pendidikan anak-anak. Usaha menabung secara konsisten melalui Simpan SSPN bukan sahaja mencerminkan kasih sayang dan tanggungjawab, malah menjadi asas penting dalam memupuk budaya kewangan yang bijak dalam kalangan masyarakat.

Bersempena dengan itu, PTPTN menganjurkan Kempen Ibu Bapa Simpan, Generasi Harapan, sebuah inisiatif yang memberi peluang kepada ibu bapa untuk berkongsi kisah sebenar mereka dalam usaha menabung melalui Simpan SSPN. Kempen ini menjadi platform untuk menyebarkan nilai-nilai positif serta memberi inspirasi kepada para ibu bapa dalam membina amalan kewangan yang lebih terancang.

Kempen ini berlangsung dari 1 Mei 2025 hingga 30 Jun 2025 dan terbuka kepada semua pendeposit Simpan SSPN. Kisah yang berjaya menarik perhatian serta menerapkan nilai-nilai murni dan sarat dengan mesej tentang pentingnya tabungan pendidikan akan berpeluang memenangi hadiah wang tunai berjumlah keseluruhan RM10,000 untuk 23 orang pemenang.

 

Bagaimana Cara Untuk Sertai?

Langkah 1: Penghasilan Video Kreatif

  • Peserta perlu menghasilkan video kreatif yang berdurasi tidak melebihi 3 minit.
  • Video boleh dihasilkan dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris.

 

Langkah 2: Muat Naik dan Tag Media Sosial Rasmi PTPTN

  • Peserta perlu memuat naik video ke akaun media sosial Facebook/ TikTok beserta hashtag #IbuBapaPerancangSimpanan dan #GenerasiHarapanPTPTN.
  • Peserta perlu memuat naik video sebelum atau selewat-lewatnya 30 Jun 2025.
  • Peserta perlu memastikan akaun media sosial ditetapkan dalam mod public dan tag akaun media sosial rasmi PTPTN, @PTPTNOfficial.

 

Langkah 3: Isi Borang Penyertaan

 

Tawaran Hadiah Menarik

PTPTN menawarkan hadiah wang tunai yang akan dikreditkan terus ke dalam akaun Simpan SSPN Prime pemenang. Berikut adalah hadiah menarik yang ditawarkan:

PemenangHadiahBil. Pemenang
UtamaRM3,0001
KeduaRM2,0001
KetigaRM1,0001
SaguhatiRM20020

PTPTN menggalakkan semua ibu bapa yang menabung melalui Simpan SSPN untuk menyertai kempen ini dan menjadi sebahagian daripada gelombang inspirasi yang mampu mencorak masa depan generasi akan datang. Langkah kecil anda hari ini, mampu mencipta impian besar esok hari.

Baca Terma & Syarat Kempen Ibu Bapa Simpan, Generasi Harapan.

Baca Soalan Lazim Kempen Ibu Bapa Simpan, Generasi Harapan.