Facebook
X
Telegram
LinkedIn
WhatsApp

Program Imarah Ramadan PTPTN (IMRAN) Tahun 2025 di Pahang

Program Imarah Ramadan PTPTN (IMRAN) 2025 diteruskan ke Pantai Timur dengan penganjuran di Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA), Pekan. Bubur lambuk menjadi menu pilihan dalam program ini, melambangkan semangat perkongsian rezeki dan kebersamaan sepanjang bulan Ramadan.

Aktiviti bermula seawal pagi dengan gotong-royong memasak bubur lambuk yang melibatkan pelajar dan kakitangan UMPSA bersama pegawai PTPTN. Selain mempererat hubungan, inisiatif ini menyemarakkan penghayatan nilai Ramadan seperti bantu-membantu, saling berkongsi, dan memupuk ukhuwah dalam kalangan warga universiti dan PTPTN.

Program ini turut diserikan dengan kehadiran beberapa tokoh penting antaranya YBhg. Dato’ Seri Abdul Razak bin Jaafar, Pengerusi UMPSA; YBrs. Professor Dr. Yatimah binti Alias, Naib Canselor UMPSA; serta YBrs. Ahmad Dasuki bin Abdul Majid, Ketua Eksekutif PTPTN. Turut hadir, YBrs. Mastura binti Mohd Khalid, Ketua Pegawai Operasi PTPTN; Puan Che Anisah binti Aziz, Pengurus Besar PTPTN; dan Puan Sapiza binti Ajuhari, Pengarah Negeri, Pejabat PTPTN Negeri Pahang.

Program IMRAN bukan sekadar aktiviti kebajikan, malah menjadi platform memperkukuh jalinan antara PTPTN dan institusi pendidikan melalui aktiviti bermanfaat dan inklusif. Diharapkan usaha sebegini dapat terus membawa keberkatan Ramadan serta memberi impak positif kepada masyarakat kampus dan sekeliling.

#PTPTNPrihatin
#KamiKongsiKamiBantu