Lakukan transaksi dan pelbagai perkhidmatan lain dengan lebih mudah dan on-the-go!
Lakukan transaksi bayaran balik pinjaman dan simpanan di Simpan SSPN dan pelbagai perkhidmatan lain melalui satu platform
Tidak perlu beratur di kaunter kini segalanya dihujung jari
Paparan mesra pengguna sesuai untuk semua lapisan umur
Aplikasi yang menyokong pelbagai transaksi
Segala maklumat peribadi pengguna dilindungi oleh PTPTN dan dilengkapi dengan pendaftaran maya eKYC
Tidak perlu beratur di kaunter kini segalanya dihujung jari
Aplikasi yang menyokong pelbagai transaksi
Lakukan pembukaan akaun dan penambahan simpanan dalam satu platform
Urusan lebih mudah dan tidak terlepas lagi untuk membuat pembayaran
Bayar balik pinjaman pendidikan dengan lebih mudah
Jimatkan masa dengan lakukan potongan debit terus melalui bank pilihan anda
Warganegara Malaysia
Berumur 18 tahun dan ke atas
Mempunyai Kad Pengenalan awam
Mempunyai no. telefon bimbit dan alamat e-mel yang betul dan sah
Muat turun aplikasi myPTPTN
Isi maklumat diri dan aktifkan melalui e-mel
Log masuk di telefon bimbit untuk pengesahan identiti
Transformasi pendigitalan PTPTN yang memudahkan pengguna hanya dengan satu sentuhan
Mudah, Cepat & Selamat
myPTPTN adalah aplikasi mudah alih yang menawarkan perkhidmatan PTPTN secara dalam talian seperti semakan penyata pinjaman, bayaran balik pinjaman, semakan penyata Simpan SSPN, pembukaan akaun dan penambahan deposit Simpan SSPN serta permohonan potongan gaji dan Debit Terus bagi bayaran balik pinjaman dan Simpan SSPN.
Aplikasi myPTPTN dilengkapi dengan eKYC (Electronic Know Your Customer) iaitu proses mengesahkan dan mengekalkan rekod identiti pelanggan yang diiktiraf oleh Bank Negara Malaysia sebagai salah satu kunci keselamatan transaksi digital. Pelanggan hendaklah membuat pendaftaran dan pengesahan pengenalan diri melalui Kad Pengenalan dan foto yang perlu diambil semasa pengesahan dibuat. Pelanggan tidak boleh membuat semakan penyata atau pindahan sekiranya tidak membuat pengesahan identiti eKYC tersebut.
Pengguna mestilah Warganegara Malaysia berumur 18 tahun (dan ke atas) dan mempunyai nombor telefon serta alamat e-mel yang betul dan sah bagi tujuan pengesahan pendaftaran.
Tidak boleh, pendaftaran hanya boleh dibuat menggunakan No. Kad Pengenalan (MyKad) sahaja.
eKYC merupakan proses pengesahan identiti secara elektronik di aplikasi mudah alih yang perlu dilakukan sebelum pengguna membuat sebarang urus niaga bagi memastikan transaksi digital yang dilakukan adalah selamat.
Pengguna perlu membuat penukaran/ penggantian kad pengenalan yang rosak atau hilang sebelum memulakan eKYC.
Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional
Tingkat Bawah, Menara PTPTN
Blok D, Megan Avenue II
No.12, Jalan Yap Kwan Seng
50450 Kuala Lumpur
Media Sosial