PTPTN meneruskan Program Imarah Ramadan PTPTN (IMRAN) 2025 dengan penganjuran di Politeknik Besut, Terengganu. Bertempat di Warisan Budaya, program ini dimeriahkan dengan aktiviti gotong-royong memasak gulai kawah, melibatkan kerjasama erat antara kakitangan PTPTN, pelajar dan warga politeknik.
Juadah gulai kawah yang disediakan kemudiannya diagihkan kepada pelajar, kakitangan Politeknik Besut serta komuniti setempat, mencerminkan semangat perkongsian rezeki, kebersamaan, dan ukhuwah yang menjadi teras sepanjang bulan Ramadan ini.
Turut hadir bagi memeriahkan program ialah YBhg. Ts. Haji Kamaludin bin Daud, Timbalan Ketua Pengarah (Governan) Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti, serta Puan Azizah Nasik @ Abd. Rashid, Pengarah Negeri Pejabat PTPTN Negeri Terengganu.
Inisiatif IMRAN terus membuktikan komitmen PTPTN dalam mempererat hubungan dengan institusi pendidikan melalui aktiviti bermanfaat, sekali gus menyemai nilai kebersamaan, kasih sayang, dan keberkatan Ramadan dalam komuniti.
#PTPTNPrihatin
#KamiKongsiKamiBantu