Facebook
X
Telegram
LinkedIn
WhatsApp

Program Imarah Ramadan PTPTN (IMRAN) Tahun 2025 di Negeri Sembilan

PTPTN terus menyemarakkan bulan Ramadan melalui Program Imarah Ramadan PTPTN (IMRAN) dengan penganjuran di Politeknik Nilai, Negeri Sembilan. Program ini memperlihatkan semangat kebersamaan melalui aktiviti gotong-royong memasak bubur lambuk, hasil kerjasama antara PTPTN, kakitangan dan pelajar politeknik.

Bubur lambuk yang disediakan telah diagihkan bukan sahaja kepada pelajar dan kakitangan Politeknik Nilai, malah turut disalurkan ke beberapa institusi pendidikan lain di sekitar Nilai, iaitu Kolej Tunku Kurshiah, Pusat Latihan Bahasa Inggeris, Institut Aminuddin Baki Nilai, dan Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Pendidikan Teknik, Labu.

Program ini turut dimeriahkan dengan kehadiran YBrs. Dr. Siti Noridah binti Ali, Pengarah Politeknik Nilai, Puan Yushanaliza binti Hamdan, Pengarah Negeri Pejabat PTPTN Negeri Sembilan serta Puan Mastura binti Mahamood, Pengurus PTPTN.

Inisiatif IMRAN bukan sahaja memupuk nilai bantu-membantu, silaturahim dan perkongsian rezeki, malah memperkukuhkan hubungan antara PTPTN dan institusi pendidikan dalam suasana Ramadan yang penuh keberkatan.

#PTPTNPrihatin
#KamiKongsiKamiBantu