Sebagai usaha berterusan untuk menjadikan amalan menabung lebih dekat dengan masyarakat, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) meneruskan penganjuran Cabutan WOW! Simpan SSPN sebagai salah satu bentuk penghargaan kepada pendeposit yang komited membuat simpanan pendidikan melalui Simpan SSPN.
Cabutan WOW! Simpan SSPN Plus 2026 kali ini tampil dengan tawaran hadiah keseluruhan hampir RM1 juta untuk dimenangi oleh 424 orang pemenang. Kempen ini terbuka kepada pendeposit yang membuat simpanan melalui Simpan SSPN Plus dalam tempoh kempen bermula 1 Januari hingga 31 Disember 2025.
Lebih menarik, pendeposit Simpan SSPN Plus bukan sahaja berpeluang menyertai cabutan hadiah yang disediakan, malah turut menikmati manfaat perlindungan takaful, di samping membina simpanan pendidikan yang lebih terancang untuk anak-anak. Gabungan simpanan dan perlindungan ini menjadikan Simpan SSPN Plus sebagai pilihan yang lebih komprehensif bagi ibu bapa yang ingin merancang masa depan pendidikan keluarga dengan lebih yakin.
Kempen ini melibatkan empat (4) cabutan eksklusif seperti berikut:
| Kategori Cabutan | Campaign Period | |
| Cabutan WOW! Plus Siri | WOW! Plus Siri 1 | 1 Januari – 30 April 2026 |
| WOW! Plus Siri 2 | 1 Mei – 31 Ogos 2026 | |
| WOW! Plus Siri 3 | 1 September – 31 Disember 2026 | |
| Cabutan WOW! Plus Loyalty 2026 | 1 Januari – 31 Disember 2026 | |
After the selection process was carried out according to the established eligibility criteria, PTPTN is pleased to announce the official list of winners for the Cabutan WOW! Simpan SSPN Plus 2026 as follows:
Senarai Pemenang Cabutan WOW! Plus Siri – WOW! Plus Siri 1
| Category | Prizes | Total number of winners | List of Winners |
| Grand Prize | Cash worth RM20,000 | 1 | |
| Second Prize | Tunai bernilai RM15,000 | 2 | |
| Third Prize | Cash worth RM10,000 | 3 | |
| Consolation | Cash worth RM500 | 50 |
PTPTN merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua pemenang. Kemenangan ini diharapkan dapat menjadi pembakar semangat kepada lebih ramai pendeposit untuk terus menjadikan amalan menyimpan melalui Simpan SSPN sebagai langkah berterusan dalam merancang masa depan pendidikan anak-anak dengan lebih teratur.
Kepada pendeposit yang belum berjaya, peluang masih terbuka melalui cabutan seterusnya sepanjang tempoh kempen. Teruskan membuat simpanan di Simpan SSPN Plus dan manfaatkan saluran simpanan seperti myPTPTN, potongan gaji atau debit terus bagi meningkatkan peluang penyertaan dalam cabutan akan datang.





