Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sentiasa komited memperkukuhkan budaya kewangan dan tabiat menabung dalam kalangan rakyat Malaysia bagi perancangan pendidikan masa depan melalui pelbagai inisiatif digital yang inovatif. Sejajar dengan usaha tersebut, PTPTN memperkenalkan Kempen Save & Shake, iaitu kempen interaktif yang memberi ganjaran kepada pengguna myPTPTN yang membuat simpanan di Simpan SSPN melalui myPTPTN.
Menerusi pendekatan yang lebih menyeronokkan dan berunsur gamifikasi, pengguna berpeluang mengumpul mata ganjaran PT Points melalui transaksi simpanan serta penyertaan dalam permainan interaktif sepanjang tempoh kempen.
Kempen ini terbuka kepada semua pengguna berdaftar myPTPTN bermula 1 Februari 2026 hingga 28 Februari 2026 dan dilaksanakan berasaskan konsep “first come, first serve”, di mana pemberian mata ganjaran PT Points adalah tertakluk kepada baki peruntukan PT Points yang masih tersedia. Sekiranya peruntukan tersebut habis lebih awal, kempen ini boleh ditamatkan sebelum tarikh akhir yang dinyatakan.
Cara Penyertaan
Pelanggan hendaklah memuat turun myPTPTN dan mendaftar sebagai pengguna myPTPTN. Sepanjang tempoh kempen, pengguna perlu membuat minimum simpanan di Simpan SSPN melalui myPTPTN untuk mendapatkan mata ganjaran PT Points. Lebih banyak simpanan dilakukan, lebih tinggi mata ganjaran PT Points yang boleh dikumpul.
| Produk | Minimum Simpanan* (RM) | Mata Ganjaran PT Points** |
| Simpan SSPN Prime | RM100 | 2 mata ganjaran |
| Simpan SSPN Plus | RM100 | 2 mata ganjaran |
*Simpanan merujuk kepada pembukaan dan/ atau penambahan di Simpan SSPN.
**Tertakluk kepada tempoh kempen dan baki PT Points yang masih ada, mana yang terdahulu.
Selain itu, bagi setiap simpanan minimum RM100 yang dilakukan dalam satu (1) transaksi, pengguna turut berpeluang bermain permainan interaktif Goncang & Menang dengan pemberian tambahan mata ganjaran PT Points* seperti berikut:
| Produk | Minimum Simpanan (RM) | Peluang Bermain*** |
| Simpan SSPN Prime | RM100 | 3 kali |
| Simpan SSPN Plus | RM100 | 3 kali |
**Tertakluk kepada tempoh kempen dan baki PT Points yang masih ada, mana yang terdahulu.
Mata ganjaran PT Points akan dikreditkan secara automatik setelah transaksi simpanan dan permainan interaktif selesai dimainkan. Setiap pengguna boleh mengumpul sehingga maksimum 2,000 PT Points sehari sepanjang tempoh kempen.
PT Points yang diterima boleh ditukar kepada nilai wang bagi produk PTPTN sahaja, sama ada untuk bayaran balik pinjaman PTPTN dan/ atau deposit di Simpan SSPN Prime dan/ atau deposit di Simpan SSPN Plus. Penebusan hanya boleh dilakukan apabila jumlah mata ganjaran terkumpul mencapai had minimum 2,000 PT Points.
Secara kesimpulannya, Kempen Save & Shake menyokong usaha PTPTN untuk memupuk budaya menabung secara konsisten serta menggalakkan perancangan kewangan pendidikan yang lebih mampan dalam kalangan masyarakat. Oleh itu, pengguna myPTPTN digalakkan untuk merebut peluang sepanjang tempoh kempen dengan membuat simpanan di Simpan SSPN melalui myPTPTN bagi menikmati ganjaran PT Points yang disediakan.
Jadikan simpanan anda lebih bernilai!
Kumpul dan tebus mata ganjaran PT Points dengan setiap simpanan di myPTPTN.




