Facebook
X
Telegram
LinkedIn
WhatsApp

Pelaksanaan Inisiatif Belanjawan 2026

Susulan pembentangan Belanjawan 2026 bertemakan “Belanjawan MADANI Keempat: Belanjawan Rakyat” oleh YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan pada 10 Oktober 2025, Kerajaan telah memperkenalkan pendekatan keadilan sosial bersasar bagi pemberian pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Pelaksanaan Inisiatif Belanjawan 2026 adalah seperti berikut :

Inisiatif ini merupakan pendekatan keadilan sosial bagi pendidikan yang disediakan oleh Kerajaan dalam memastikan golongan kurang berkemampuan mendapat akses pendidikan yang saksama. Melalui pendekatan ini, pinjaman PTPTN akan diberikan dalam bentuk biasiswa kepada pelajar daripada keluarga miskin dan miskin tegar.

KelayakanTerbuka kepada pelajar yang disenaraikan di bawah data eKasih dan mengikuti pengajian peringkat Diploma atau Ijazah Sarjana Muda secara sepenuh masa di IPTA mulai 1 Januari 2026.
Kaedah PermohonanPelajar perlu membuat permohonan pinjaman PTPTN terlebih dahulu melalui aplikasi web myPTPTN sebelum ditawarkan biasiswa bagi yang layak, tertakluk kepada terma dan syarat.
Makluman TawaranCalon yang memenuhi syarat kelayakan akan ditawarkan Biasiswa Anak eKasih PTPTN (BAeK PTPTN) dan akan dimaklumkan melalui e-mel dan notifikasi di aplikasi myPTPTN.

Klik di sini untuk soalan lazim

Soalan Lazim > Biasiswa (Anak eKasih)

Selaras dengan hasrat mengiktiraf kecemerlangan akademik, pengecualian bayaran balik pinjaman bagi graduan Kelas Pertama di IPTA bagi peringkat pengajian Ijazah Sarjana Muda kini disasarkan kepada peminjam daripada kategori keluarga B40 dan M40.

Syarat UtamaTerpakai bagi peminjam IPTA daripada kategori keluarga B40 dan M40 yang tamat pengajian bermula 1 Januari 2026.
Kriteria Pendapatan

Penentuan kategori pendapatan adalah berpandukan kepada Household Expenditure Survey (HIES) oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM). Pendapatan kasar yang diambil kira ketika memohon pengecualian bayaran balik adalah:

a) Peminjam Bujang: Pendapatan isi rumah merangkumi peminjam, ibu, dan bapa (atau penjaga).

b) Peminjam Berkahwin: Pendapatan isi rumah merangkumi peminjam dan pasangan.

Tempoh PermohonanPermohonan mesti dibuat melalui aplikasi myPTPTN dalam tempoh 12 bulan dari tarikh konvokesyen. Permohonan lewat tidak akan dipertimbangkan.

Klik di sini untuk permohonan

Klik di sini untuk soalan lazim

Soalan Lazim > Bayaran Balik > Pengecualian Bayaran Balik Pinjaman Kepada Peminjam Yang Mendapat Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama

Sekatan perjalanan ke luar negara akan dikuatkuasakan secara bersasar bagi menjamin kelestarian dana PTPTN untuk generasi akan datang berdasarkan kriteria berikut:

  1. Mempunyai tunggakan melebihi 5 tahun dan berkemampuan membuat bayaran balik pinjaman; dan/atau
  2. Telah direkodkan penghakiman di mahkamah; dan/atau
  3. Bekerja di luar negara tetapi gagal membuat bayaran balik.

 

Peminjam yang tertakluk di bawah kriteria ini dikehendaki menyelesaikan keseluruhan jumlah hutang atau tunggakan termasuk semua kos yang dikenakan sebelum nama peminjam dikeluarkan daripada sekatan perjalanan.

Walau bagaimanapun, bagi peminjam yang tidak berkemampuan untuk menjelaskan keseluruhan amaun tertunggak, peminjam disaran untuk tampil berunding dengan PTPTN:

  • Rundingan boleh dibuat melalui aplikasi myPTPTN.
  • Peminjam dinasihatkan berunding sekurang-kurangnya lima (5) hari sebelum tarikh ke luar negara bagi mengelakkan sekatan semasa di lapangan terbang atau di pintu keluar masuk sempadan negara.
  • Semakan status sekatan perjalanan ke luar negara boleh dilakukan melalui Portal Rasmi Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) di pautan: https://sspi.imi.gov.my/sspi/

 

Klik di sini untuk soalan lazim

Soalan Lazim > Tindakan Penguatkuasaan > Sekatan Perjalanan

Kesimpulannya, pelaksanaan pendekatan keadilan sosial bersasar ini mencerminkan komitmen berterusan Kerajaan dalam mengimbangi kebajikan rakyat dengan keperluan pengurusan dana yang mampan. Inisiatif ini bukan sekadar bantuan kewangan, malah merupakan pelaburan strategik demi masa depan modal insan negara. Peminjam disarankan untuk sentiasa peka terhadap tanggungjawab masing-masing bagi memastikan kelestarian dana PTPTN terus terjamin untuk manfaat generasi akan datang.