Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) telah menganjurkan Kempen myPTPTN Anytime, Anywhere! yang berlangsung dari 1 Januari 2025 hingga 31 Mac 2025. Kempen ini bertujuan untuk menggalakkan penggunaan myPTPTN sebagai platform digital utama bagi menguruskan bayaran balik pinjaman pendidikan dengan lebih mudah, cepat dan selamat.
Kempen ini telah menerima sambutan yang amat menggalakkan daripada pengguna myPTPTN sepanjang tempoh kempen. Ini jelas membuktikan sokongan tinggi rakyat Malaysia terhadap inisiatif pendigitalan perkhidmatan PTPTN, di samping memupuk kesedaran mengenai kemudahan akses secara dalam talian tanpa perlu hadir ke kaunter.
PTPTN dengan sukacitanya mengumumkan senarai pemenang Kempen myPTPTN Anytime, Anywhere! yang berjaya membawa pulang hadiah tunai keseluruhan RM25,000 seperti berikut:
Hadiah Tunai | Bil. Pemenang | Senarai Pemenang |
RM1,000 | 25 | |
Tahniah diucapkan kepada semua pemenang! PTPTN amat menghargai sokongan dan penglibatan aktif para peminjam sepanjang kempen ini. Teruskan memanfaatkan myPTPTN untuk pengalaman pengurusan pinjaman pendidikan yang lebih mudah, cepat dan selamat.