PTPTN meneruskan Program Imarah Ramadan (IMRAN) 2025 di lokasi keempat dengan pelaksanaannya di Politeknik Seberang Perai (PSP). Program ini berlangsung penuh semangat dan kemeriahan menerusi aktiviti gotong-royong memasak bubur lambuk, melibatkan penyertaan pelajar, kakitangan PSP serta pegawai-pegawai PTPTN.
Aktiviti ini bukan sahaja mencerminkan semangat bantu-membantu dan perkongsian rezeki, malah turut menjadi platform untuk memperkukuh ukhuwah antara PTPTN dan warga politeknik dalam suasana Ramadan yang penuh keberkatan.
Program ini turut diserikan dengan kehadiran YBhg. Dato’ Seri Norliza Abdul Rahim, Pengerusi PTPTN; YBrs. Puan Hajjah Roseliza Dato’ Shaari, Pengarah PSP; YBrs. Ts. Dr. Zulhadi Zakaria, Timbalan Pengarah Akademik PSP; YBrs. Ts. Mohamad Annuar Morzuke, Timbalan Pengarah Sokongan Akademik PSP; serta Puan Wan Zawiah Wan Abu Bakar, Pengurus Besar Kanan PTPTN. Turut hadir, Encik Muhammad Muhsin Abdul Rahman, Pengarah Negeri PTPTN Pulau Pinang dan Puan Rina Abd Rahman, Pengurus Besar PTPTN.
Inisiatif IMRAN terus membuktikan komitmen PTPTN dalam merapatkan hubungan dengan institusi pendidikan tinggi sambil menyemai nilai kebersamaan, keprihatinan dan semangat Ramadan melalui aktiviti bermakna bersama komuniti.
#PTPTNPrihatin
#KamiKongsiKamiBantu