Program Imarah Ramadan PTPTN (IMRAN) 2025 menghampiri penghujungnya dengan lokasi kedua terakhir bertempat di Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA). Program ini berlangsung dengan penuh semangat melalui aktiviti gotong-royong memasak nasi minyak, hasil kerjasama erat antara PTPTN dan pihak politeknik.
Kemeriahan jelas terasa apabila kakitangan PTPTN, pelajar, dan warga politeknik berganding bahu menyiapkan juadah yang kemudiannya diagihkan kepada pelajar serta kakitangan sebagai juadah berbuka puasa. Aktiviti ini bukan sekadar memasak, malah menjadi platform memupuk semangat kebersamaan, keprihatinan dan perkongsian rezeki di bulan yang penuh keberkatan ini.
Turut hadir memeriahkan dan menjayakan program ialah Puan Mastura binti Mohd Khalid, Ketua Pegawai Operasi PTPTN; YBrs. Ts. Dr. Hj. Ahmad Aftas bin Azman, Timbalan Pengarah Akademik Politeknik PSA; YBrs. Puan Rohaida binti Deris, Pengarah Negeri Pejabat PTPTN Negeri Selangor; serta Puan Jumaeah binti Masdi, wakil pemimpin wanita setempat.
Program IMRAN terus menjadi pemangkin hubungan erat antara PTPTN dan institusi pendidikan melalui inisiatif bermanfaat yang menyatukan komuniti dalam semangat Ramadan.
#PTPTNPrihatin
#KamiKongsiKamiBantu