Facebook
X
Telegram
LinkedIn
WhatsApp

Program Imarah Ramadan PTPTN (IMRAN) Tahun 2025 di Melaka

Program Imarah Ramadan PTPTN (IMRAN) diteruskan di negeri bersejarah, Melaka, dengan kolaborasi bersama Politeknik Merlimau dalam menyemarakkan nilai kebersamaan sempena bulan Ramadan.

Program kali ini menyaksikan penglibatan aktif pelajar, kakitangan politeknik dan warga PTPTN dalam gotong-royong menyediakan bubur lambuk sebagai juadah berbuka puasa. Bubur lambuk yang disediakan telah diagihkan kepada pelajar, kakitangan serta komuniti setempat sebagai simbolik semangat saling berkongsi rezeki.

Turut hadir memeriahkan dan menjayakan program ini ialah Encik Azhar Ahmad, Ketua Pegawai Kewangan PTPTN; Lt. Kol Norizam Sekak, Pengarah Politeknik Merlimau; Encik Esrifaridz Subohi, Pengurus Besar Kanan PTPTN; serta Puan Mas Anisah Ayu Othman, Pengarah Negeri Pejabat PTPTN Negeri Melaka.

Program IMRAN bukan sahaja menghidupkan semangat Ramadan, malah menjadi platform untuk mengeratkan silaturahim antara PTPTN, pengurusan IPT dan pelajar, sekali gus menyuburkan nilai-nilai murni dalam kalangan masyarakat kampus dan sekitar.

#PTPTNPrihatin
#KamiKongsiKamiBantu