Program Imarah Ramadan PTPTN (IMRAN) buat pertama kalinya melangkah ke Wilayah Persekutuan Labuan, memperkukuh silaturahim dan semangat kebersamaan dalam kalangan masyarakat setempat. PTPTN bekerjasama dengan Sekolah Menengah Agama (SMA) MAIWP Labuan bagi menganjurkan gotong-royong memasak bubur manis bersama guru-guru dan ibu bapa.
Bubur manis yang telah dimasak diagihkan ke tiga lokasi utama, iaitu SMA MAIWP Labuan, Kolej Matrikulasi Labuan, serta Masjid Al Muzakirullah, Kg Lubok Temiang, Labuan.
Program ini turut diserikan dengan kehadiran Puan Siti Aminah binti Zakaria, Pengetua SMA MAIWP Labuan, Encik Mohd Dzulfaizal bin Ab Manan, YDP PIBG SMA MAIWP Labuan, serta Puan Muliati binti Kamaruddin, Pengarah Negeri Pejabat PTPTN Negeri Sabah.
IMRAN bukan sekadar inisiatif kebajikan, tetapi juga usaha memperkukuh hubungan antara PTPTN dan institusi pendidikan. Semoga program ini terus memupuk nilai kebersamaan dan membawa keberkatan Ramadan kepada semua yang terlibat.
#PTPTNPrihatin
#KamiKongsiKamiBantu