PERHATIAN:
- Laman web ini hanya boleh dilayari dengan menggunakan Internet Explorer versi 8 atau Mozilla Firefox versi 2 dan ke atas.
- Hanya pemohon yang telah mendapat tawaran kemasukan ke IPT boleh memohon pembiayaan pendidikan PTPTN.
- Senarai IPT dan Kursus Tajaan PTPTN.
KLIK DI SINI
- Sila pastikan pemohon memenuhi keperluan berikut SEBELUM membuat permohonan secara atas talian (online):
- Memenuhi syarat-syarat permohonan pembiayaan pendidikan PTPTN.
SILA RUJUK DI SINI.
- No PTPTN hanya sah dalam tempoh 6 bulan bermula dari tarikh pembelian No PTPTN di Bank Simpanan Nasional (BSN) sehingga tarikh pendaftaran permohonan online.
- Mempunyai alamat e-mel yang sah bagi urusan rasmi PTPTN.
- Menyelesaikan keseluruhan hutang pembiayaan pendidikan terdahulu sekiranya pernah mendapat pembiayaan pendidikan PTPTN tetapi gagal / berhenti / mendapat penaja lain / membatalkan pembiayaan pendidikan PTPTN.
- Hanya satu permohonan sahaja boleh dibuat dalam satu-satu masa.
- Bagi pemohon yang baru pertama kali hendak menggunakan sistem permohonan secara atas talian (online), sila daftarkan permohonan anda dengan mengisi maklumat nombor PTPTN pada menu PENDAFTARAN KALI PERTAMA dan menekan butang DAFTAR. Pemohon tidak perlu memilih menu tersebut bagi penggunaan seterusnya (hanya perlu daftar masuk dengan memasukkan nombor kad pengenalan dan kata laluan di ruangan atas laman web dan menekan butang LOG MASUK).
- Pemohon mestilah memastikan maklumat yang diisi adalah tepat dan betul sebelum menekan butang "Ya" bagi tujuan pengesahan permohonan. Setiap permohonan yang telah disahkan TIDAK boleh dibuat pindaan dan pemohon dikehendaki membeli nombor PTPTN yang baru untuk membuat permohonan baru.
- PTPTN telah mengemaskini Panduan Dan Peraturan Am Mengisi Surat Tawaran Pembiayaan, Dokumen Perjanjian dan Lampiran Perjanjian Pembiayaan Pendidikan PTPTN. Panduan ini adalah yang terkini mengambli kira perubahan dasar Tanpa Penjamin bermula 1 Jun 2011.
KLIK SINI
- Panduan Pengisian Surat Tawaran & Dokumen Perjanjian Tambahan Kenaikan Jumlah Pembiayaan
KLIK SINI
- Panduan semakan penyata online dan bayaran balik melalui fpx
KLIK SINI
- Sebarang pertanyaan lanjut boleh hubungi PTPTN HOTLINE di talian 03-2080 4455.