Facebook
X
Telegram
LinkedIn
WhatsApp
Senarai Pemenang Cabutan BMP 2025

Senarai Pemenang Cabutan Hadiah Bulan Mesra Pelanggan PTPTN 2025

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) telah melaksanakan Bulan Mesra Pelanggan (BMP) PTPTN 2025 sebagai galakkan kepada para peminjam PTPTN membuat bayaran balik pinjaman. Inisiatif ini juga merupakan satu usaha melalui pendekatan yang lebih mesra agar peminjam tampil berunding dengan PTPTN sekali gus memastikan kutipan bayaran balik pinjaman terus meningkat.

Kempen Cabutan Hadiah Bulan Mesra Pelanggan PTPTN 2025 merupakan antara tawaran istimewa yang telah dilaksanakan. Kempen yang berlangsung bermula 1 November sehingga 31 Disember 2025 lalu menawarkan hadiah tunai keseluruhan berjumlah RM70,000 untuk 140 pemenang di seluruh negeri.

Berikut merupakan senarai pemenang Kempen Cabutan Hadiah Bulan Mesra Pelanggan PTPTN 2025 bagi setiap negeri:

PemenangHadiah TunaiBilangan PemenangSenarai Pemenang
UtamaRM2,000.001 Pemenang × 14 Negeri
KeduaRM1,000.001 Pemenang × 14 Negeri
KetigaRM500.003 Pemenang × 14 Negeri
SaguhatiRM100.005 Pemenang × 14 Negeri

Tahniah diucapkan kepada semua pemenang.