GALERI SIMPAN SSPN
Kempen Gong Xi Ang Pow 2022
Perasaan pertama bila dihubungi memang tidak percaya sebab bila kita menabung mesti kita tak fikirkan benda berkaitan cabutan bertuah tapi selepas melihat surat dari PTPTN rasa gembira dan bersyukur. Saya mula menabung tahun 2020 semasa itu kerajaan ada memberi geran sepadan dimana jika kita menabung melepasi satu had, kerajaan akan tambah jumlah tertentu ke dalam akaun. Perkara yang paling disukai adalah dividennya yang menarik. Saya galakkan untuk mereka yang mempunyai anak supaya menabung walaupun serendah RM50. Sikit-sikit lama-lama jadi bukit.
En. Khang Tsung FeiPemenang Utama Cabutan WOW! Simpan SSPN Plus 2021
Bila saya buat potongan secara konsisten secara potongan gaji bila ada promosi pihak PTPTN memang ada bagi makluman melalui e-mel untuk saya sertai. Saya suka sebab kat sini kita menyimpan ikut apa yang kita ada. Kadar bulanan kalau kita nak konsisten tidaklah mahal dengan serendah RM20 kita boleh menyimpan. Saya menggalakkan ibu bapa membuat simpanan demi pembelajaran anak-anak. Jadi sebagai ibu bapa kita sediakan simpanan untuk anak-anak kita demi pembelajaran mereka agar mereka tidak terbeban dengan hutang.
Puan Siti Sanisah Binti KamsahPemenang Kedua Cabutan WOW! Simpan SSPN Plus 2021
Saya bermula pada tahun 2017 untuk 2 orang anak saya yang pertama dan kami telah membuka akaun untuk anak yang ketiga pada hujung tahun 2021. Secara umumnya saya bertanya pada kawan-kawan macam mana cara untuk invest untuk masa depan anak-anak dan ramai yang mencadangkan untuk kami join program SSPN dan Alhamdulillah kami telah buka untuk anak-anak kami. Antara perkara yang disukai adalah kita boleh mencarum dengan cara menolak gaji secara bulanan dan kita boleh tambah bila-bila masa kita nak. Sebagai pencarum dengan PTPTN saya amat menggalakkan rakyat Malaysia untuk menyimpan dan mencarum dengan PTPTN untuk masa depan anak-anak kita.
En. Mukhri Bin HamdanPemenang Kedua Cabutan WOW! Simpan SSPN Plus 2021
Saya amat bersyukur kerana saya masuk SSPN ini baru sangat untuk anak saya. Saya menabung SSPN Plus untuk anak saya yang baru berusia 1 tahun pada tahun lepas. Bagi saya kita boleh menyimpan serendah RM30 sebulan dan dapat manfaat seperti takaful iaitu RM20 simpanan dan RM10 manfaat takaful. Sangat berfaedah bagi saya. Saya menggalakkan rakyat Malaysia untuk membuat simpanan SSPN kerana kita tidak perlu duit yang banyak untuk menabung hanya serendah RM30 sahaja selain dapat simpanan kita dapat cabutan yang sangat lumayan. Terima kasih PTPTN.
Puan Juliza Binti NordinPemenang Ketiga Cabutan WOW! Simpan SSPN Plus 2021
Previous
Next