Dalam usaha membantu rakyat Malaysia merancang masa depan pendidikan anak-anak dengan lebih baik, F&N Magnolia dengan kerjasama strategik Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) memperkenalkan Peraduan Beli & Menang Tabung Pendidikan Bernilai RM100,000. Peraduan ini bertujuan untuk menyemai budaya menyimpan dalam kalangan ibu bapa bagi menjamin masa depan akademik generasi akan datang.
Peraduan ini berlangsung selama lapan (8) minggu bermula dari 1 April 2026 sehingga 31 Mei 2026. Sepanjang tempoh ini, peserta berpeluang menyertai peraduan dan memenangi hadiah menarik yang ditawarkan setiap minggu serta Hadiah Utama dan Hadiah Kedua di akhir peraduan.
Peraduan ini merupakan satu inisiatif yang menggalakkan perancangan kewangan jangka panjang melalui simpanan pendidikan. F&N Magnolia menawarkan dana pendidikan atas keprihatinan terhadap kesejahteraan jangka panjang pelanggan dan keluarga, sekali gus mewujudkan ikatan emosi yang melangkaui sekadar produk. Dengan hanya pembelian produk harian, anda kini berpeluang menambah simpanan masa depan anak-anak dengan lebih bermakna melalui Simpan SSPN Prime.
Participation Method
Peserta yang berminat boleh menyertai peraduan ini melalui langkah-langkah yang telah ditetapkan:
- Beli mana-mana produk Magnolia Susu Pasteurised, Magnolia Susu UHT or Magnolia Susu Sterilised dengan nilai minimum RM10 dalam satu (1) resit di mana-mana cawangan fizikal atau platform dalam talian yang sah.
- Ambil gambar resit atau invois (bukti pembelian) dengan jelas, memaparkan semua butiran yang diperlukan seperti tarikh pembelian, produk yang dibeli dan jumlah pembelian.
- Imbas kod QR yang tertera pada bahan promosi dan hantarkan bukti pembelian beserta maklumat peribadi melalui WhatsApp di talian 013-696 6511.
Exciting Reward Offers
Hadiah keseluruhan bernilai RM100,000 menanti para pemenang dalam bentuk dana pendidikan melalui Simpan SSPN Prime. Berikut merupakan hadiah yang ditawarkan:
| Category | Prizes | No. of Winners |
| Grand Prize | Education Fund via Simpan SSPN Prime worth RM25,000 setiap pemenang | 2 Winner |
| Second Prize | Education Fund via Simpan SSPN Prime worth RM6,000 setiap pemenang | 3 winners |
| Weekly | Education Fund via Simpan SSPN Prime worth RM2,000 setiap pemenang | 16 pemenang (2 pemenang x 8 minggu) |
Setiap peserta layak memenangi maksimum satu (1) hadiah sahaja sepanjang tempoh peraduan sama ada Hadiah Utama, Hadiah Kedua atau Hadiah Mingguan.
Kerjasama strategik ini menggalakkan masyarakat untuk melihat perancangan kewangan pendidikan sebagai satu keutamaan sekali gus mewujudkan kesedaran tentang kepentingan memiliki simpanan yang stabil untuk anak-anak. Secara tidak langsung, usaha ini dapat membantu memperkukuhkan struktur ekonomi keluarga melalui agihan dana yang lebih terancang dan bermakna.





