Facebook
X
Telegram
LinkedIn
WhatsApp

Program Imarah Ramadan PTPTN (IMRAN) Tahun 2025 di Kelantan

Program Imarah Ramadan PTPTN (IMRAN) diteruskan di Pantai Timur dengan penganjuran di Sekolah Menengah Sains Machang (SMACH), Kelantan. Istimewanya kali ini, menu pilihan adalah gulai kawah daging, satu juadah tradisi yang cukup sinonim dengan masyarakat Kelantan.

Aktiviti gotong-royong bermula sejak pagi, melibatkan pelajar, guru, kakitangan SMACH dan pegawai PTPTN dalam penyediaan gulai kawah. Inisiatif ini bukan sahaja memperkukuh hubungan antara PTPTN dan warga sekolah, malah menghidupkan penghayatan Ramadan melalui semangat saling membantu, berkongsi rezeki dan mempereratkan ukhuwah.

Juadah yang disediakan kemudiannya diagihkan kepada pelajar dan ahli keluarga yang turut hadir ke majlis berbuka puasa yang berlangsung meriah di Padang SMACH.

Program ini turut diserikan dengan kehadiran tetamu kehormat seperti YBhg. Tuan Haji Hussain bin Awang, Mantan Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan; YBrs. Encik Ahmad Dasuki bin Abdul Majid, Ketua Eksekutif PTPTN; YBrs. Tuan Haji Mat Lazim bin Mohammad, Timbalan Pengarah Pendidikan (Sektor Perancangan dan Pengurusan PPD), Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan; serta YBrs. Tuan Haji Muhammad bin Daud, Pengetua SMACH. Turut hadir, Encik Hamdan bin Razali, Pengarah Negeri PTPTN Kelantan; dan Encik Syerman bin Salleh, Pengurus Besar PTPTN.

Melalui program ini, PTPTN terus komited memperkukuh nilai kebersamaan sambil menyemai keberkatan Ramadan dengan aktiviti yang memberi impak bermakna kepada masyarakat.

#PTPTNPrihatin
#KamiKongsiKamiBantu